Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Manakah satu yang betul? "Rukun Tetangga" atau " Rukun tetangga"?? Perlukah 'T" ditulis dengan huruf besar? | 'rukun tetangga' sekiranya dalam ayat. Sekiranya sebagai kata nama khs hendaklah dieja dengan huruf besar. Contohnya Rukun Tetangga Kg. Baru. | Tatabahasa | 06.10.2009 |
Pada awalnya RUKUN NEGARA dieja sebagai Rukunegara. Pada tahun bilakah ejaan ini diubah menjadi Rukun Negara? | Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara. Jika dikaitkan dengan perkembangan kebahasaan, tahun 70-an merupakan Zaman Pembinaan Aspek-aspek Bahasa Melayu dengan lebih terancang. Oleh itu, setelah penggunaan tatabahasa lebih mantap seperti sekarang, maka ejaan yang lebih tepat telah diselaraskan oleh pakar bahasa. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat memberikan tarikh sebenar ejaan ini diubah kepada RUKUN NEGARA. Terima kasih. | Lain-lain | 22.08.2020 |
rukun negara ditulis 2 perkataan | seperti di atas | Makna | 11.06.2007 |
Cikgu! Adakah "berdasarkan prinsip Rukun Negara" dan "berdasar pada prinsip Rukun Negara" itu sama maksud? Atau kena menggunakan "berdasar tentang prinsip Rukun Negara"? | Berdasarkan bermaksud berdasar pada, oleh itu ayat pertama dan ayat kedua betul. | Tatabahasa | 01.05.2014 |
definisi rukun tetangga dan integrasi nasional | Rukun tetangga merujuk kepada jawatankuasa penduduk setempat bagi memastikan keselamatan di kawasan kejiranan terkawal. Integrasi nasional merujuk kepada penggabungan pelbagai kaum di dalam negara. | Makna | 12.10.2011 |
ejaan rukun negara atau rukunegara | Ejaan yang betul ialah Rukun Negara. | Ejaan | 29.08.2006 |
Perlukah Rukun Negara ditulis huruf besar R dan huruf besar N ? | Rukun Negara ialah kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 03.09.2014 |
Ejaan yang betul RUKUNEGARA atau RUKUN NEGARA? | Ejaan yang betul: RUKUN NEGARA. Dieja dengan dua perkataan.
| Ejaan | 13.09.2009 |
Selamat sejahtera. Adakah ayat berikut betul: Murid-murid berikrar Rukun Negara semasa perhimpunan. terima kasih. | Ayat yang betul ialah Murid-murid membacakan ikrar Rukun Negara semasa perhimpunan. | Tatabahasa | 05.06.2012 |
bagaimanakah cara yang betul dalam penggunaan tanda baca titik bertindih dan penomboran selepas keterangan. contoh Rukun Islam ada lima: 1. Percaya kepada Allah. 2. Percaya kepada Malaikat. (adakah digunakan huruf besar pada awal dan diakhiri noktah?) | Kalau dalam ayat, Rukun Negara ada lima, iaitu Kepercaayaan kepada Tuhan, dan seterusnya. Jika menggunakan tanda dua titik bertindih dalam ayat , hendaklah ditulis Rukun Negara ada lima : Kepercayaan kepada Tuhan, dan seterusnya. Sekiranya ditulis dalam bentuk poin, hendaklah seperti contoh berikut : i. Kepercayaan kepada Tuhan ii. Kesetiaan kepada Raja dan Negara hingga akhir tanpa meletakkan tanda noktah selepas setiap poin. Setiap huruf awal hendaklah menggunakan huruf besar. | Lain-lain | 12.02.2008 |