Pantun |
Sumber |
Tema |
Rumah buruk pintu sembilan, Nanti roboh tidakkan roboh; Laksana pungguk rindukan bulan, Nanti jatuh tidakkan jatuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Roboh tiang runtuhlah rumah, Ke mana lagi hendak berteduh; Bodh orang runtuhlah maruah, Ke mana pergi tidak senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau roboh Kota Melaka, Ambillah pedang menyabit rumput; Kalaulah sungguh menahan cinta, Laksana kapal dipukul ribut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau roboh Kota Melaka, Papan di Jawa saya dirikan; Kalau sungguh bagai dikata, Nyawa dan badan saya serahkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buluh betung ditebang roboh, Batang berguling tabur bertabur; Sungguh beruntung orang bodoh, Orang berunding awak tertidur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Rosak tiang dimakan rayap, Lambat-laun tentulah roboh; Rosak orang makan menyelap, Lambat-laun tentu bergaduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Hendak berjalan jambatan panjang, Orang bertukang jambatan roboh; Adik berdoa umur panjang, Selagi hayat kita berjodoh. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Aku suka berumah tinggi, Pelantar besar sudah roboh; Aku suka beranak tiri, Anak besar senang disuruh. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Barat daya kencang semalam, Tongkat patah titian roboh; Apalah daya bujang semalam, Mengembang bunga di wajahnya subuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Batang pinang sudahlah patah, Tak lama lagi tentulah roboh; Orang kusayang sudah menikah, Ke mana lagi dagang berteduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| roboh (kata kerja) | Bersinonim dengan runtuh, tumbang, rebah, reban, terban, terbis, terjelabak, rahak, amberuk,
amberol;, | | Kata Terbitan : merobohkan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau roboh Kota Melaka, Ambillah pedang menyabit rumput; Kalaulah sungguh menahan cinta, Laksana kapal dipukul ribut.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 615 There is strength in numbers Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian. Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh*. We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed there is strength in numbers, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down. Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|