Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Rumah di tepi pantai itu ____ akibat dipukul ribut yang kuat. "tumbang" sesuai dalam ayat ini? atau roboh?Perkataan yang sesuai ialah "roboh" (Rumah di tepi pantai itu roboh akibat dipukul riut yang kuat.)Istilah05.07.2013
apakah beza maksud runtuh dan roboh?Kamus Dewan menakrifkan runtuh sama maksudnya dengan roboh, iaitu jatuh kerana rosak.Makna16.08.2011
dia berdiri teguh di belakang pemimpin itu. munsyi, adakah teguh betul? TKteguh- tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesang­gupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaan­nya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memper­lengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll).

Teguh lebih sesuai untuk prinsip, pegangan, peraturan.
Tatabahasa01.09.2012
Salam sejahtera, baik pelajar mahupun guru bahasa Melayu menggunakan tanda petik semasa mengungkapkan ungkapan / peribahasa, misalnya "Mereka juga harus memahami bahawa bersatu teguh bercerai roboh."; "Kita haruslah mengikis sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing' untuk memastikan perpaduan rakyat terus berkekalan." dan lain-lain. Saya mengajukan kemusykilan ini kerana tudak dinyatakan dalam Gaya Dewan tentang penggunaan tanda petik untuk peribahasa. Lebih-lebih lagi, apabila perkara ini dipanjangkan kepada para pemeriksa, pelbagai jawapan yang diberikan; tiada satu jawapan yang mantap. Jawapan yang biasa diterima ialah bergantung pada budi bicara pemeriksa. Dengan ini, diharapkan pihak tuan/puan dapat memberikan penjelasan yang dapat digunakan sebagai tunjuk ajar ketika mendidik anak-anak watan kita. Sekian. Salam hormat kay SevenUntuk makluman tuan, kami di DBP berpegang hanya pada buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan. Jika berlainan daripada apa yang ditulis, hal berkenaan di luar bidang kuasa kami. Untuk lebih jelas, mohon rujuk halaman 64.Tatabahasa22.12.2016
Pengunaan perkataan teguh: Teguh ingatan - betul atau salah penggunaannya

Mengikut Kamus Dewan teguh bermaksud tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dan lain-lain). Sinonim bagi teguh ialah kukuh: kuat, utuh, dan stabil. Teguh berantonim dengan lemah. Maka istilah teguh ingatan tidak digunakan, sebaliknya istilah yang digunakan ialah kuat ingatan dan kukuh ingatan.

Istilah11.03.2014
Selamat pagi. Saya ingin bertanya kepada DBP bahawa adakah 'Bersekutu Bertambah Mutu' dalam ayat 'Semangat kebangsaan tersebut terbukti apabila mereka sanggup bergabung parti dalam suatu wadah politik nasional untuk kepentingan perpaduan bangsa sesuai dengan slogan Bersatu Teguh, Bercerai Roboh dan Bersekutu Bertambah Mutu.' ialah peribahasa dan apakah maksudnya dan juga maksud bagi frasa 'dalam suatu wadah politik'. Terima Kasih. (ayat tersebut dipetik daripada buku yang berjudul Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia daripada A. Aziz Derman dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2001. ) Terima Kasih.Dari aspek bahasa, frasa "Bersekutu Bertambah Mutu" betul dan slogan tersebut telah mantap penggunaannya bagi sebuah organisasi. Tidak ada maksud "dalam satu wadah politik" dalam data kami, apa yang dapat kami bantu adalah dengan memberi maksud kata demi kata, dan kata yang agak sukar difahami ialah wadah yang bermaksud medan. Maka frasa tersebut bolehlah diungkapkan sebagai "dalam satu medan politik". Untuk mendapatkan tafsiran yang lain tentang maksud frasa-frasa berkenaan seperti dari aspek sains politik, tuan boleh merujuk buku atau makalah yang berkaitan dengan aspek berkenaan.Tatabahasa04.12.2014
Apakah terjemahan terbaik untuk 'colony collapse disorder'?Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "colony collapse disorder" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris yang diberikan seperti yang berikut: 1. colony - koloni 2. collapse - runtuh, roboh, musnah, hancur    3. disorder - gangguan, kecelaruan, kekacauan, kerosakan. Padanan bahasa Melayu yang sesuai bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. Contohnya: gangguan keruntuhan koloni atau gangguan kemusnahan koloni.Istilah10.06.2014
soalan 1 Apakah beza antara kerat, potong,belah,cencang,cincang,rambah,cantas,memangkas bolehkah terangkan satu persatu. soalan 2 Adakah ayat ini betul. a)Dia tengah sedap melayan rancangan televisyen b)Di jalan mana kemalangan itu berlaku,Pak Mat? c)Anas sudah boleh bertutur dengan jelas. d)Jambatan yang roboh itu sudah di bina semula. e)"Makanlah nasi itu,nanti dingin pula,"kata ibu.1. Kerat sama makna dengan potong atau penggal. Belah bermaksud pecad dua atau tiga dan sebagainya. Cincang sama dengan cencang, iaitu  tetak kecil-kecil atau halus-halus. Rambah bermaksud menebas atau menebang. Cantas sama dengan memangkas, iaitu memancung hujung dahan.
2. Ayat c, d dan e betul, walau bagaimanpun sila betulkan ejaan dibina (dalam ayat d).
Sastera03.07.2012
beberapa buah bangunan di kawasan itu_______akibat daripada gempa bumi. A ranap B musnah C tumbang D hancur) tuan, jawaban ialah B, tetapi pada pandangan saya, A juga betul. Tuan, bagaimana dengan pendapat tuan tentang soalan ini. TQMengikut Kamus Dewan, 'ranap' bermakna 1. berada dlm keadaan (hampir) rata dgn tanah (kerana roboh, tumbang, dll): Diberi contoh ranap akibat gempa bumi.  'Musnah' pula bermaksud ' binasa atau rosak semuanya'.  Pada pendapat kami, kedua-dua perkataan iaitu 'ranap' dan 'musnah' adalah betul. Namun jika ditunjukkan dengan jelas gambar bangunan yang 'ranap' atau 'musnah' anda boleh memilih jawapan yang terbaik.Makna22.08.2011
saya maha siswa Yiu ingin tanya ?tentang cara tulis pantun

Untuk makluman saudara, serangkap pantun lazimnya ditulis atau pun dibina oleh lima ciri asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Kalau berdasarkan  pantun empat kerat, pembayangnya ialah pada baris pertama dan kedua, manakala maksud pula pada baris ketiga dan keempat. Berbeza dengan pantun dua kerat kerana baris yang pertama ialah pembayang manakala baris kedua ialah maksud. Sebagai contoh diturunkan pantun empat kerat iaitu seperti berikut,

Kalau roboh kota Melaka,

    Papan di Jawa saya dirikan;

Kalau sungguh bagai dikata,

    Badan dan nyawa saya serahkan.

Rima akhir pantun di atas ialah a/n,a/n , dan jumlah perkataan dalam setiap baris ialah 4. Jumlah suku katanya pula ialah antara 8-12 suku kata.

Lain-lain28.07.2010
1
Tesaurus
 
roboh (kata kerja)
Bersinonim dengan runtuh, tumbang, rebah, reban, terban, terbis, terjelabak, rahak, amberuk, amberol;,
Kata Terbitan : merobohkan,

Puisi
 

Kalau roboh Kota Melaka,
     Ambillah pedang menyabit rumput;
Kalaulah sungguh menahan cinta,
     Laksana kapal dipukul ribut.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
615

There is strength in numbers

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh*.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed there is strength in numbers, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...