Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Duka resah usah dikenang, Kemboja puspa harum kenanga; Ketika susah ketika senang, Kita lupa akan rahmat-Nya.Pantun Melayu SarawakAgama
Tengah hari sama ke hulu, Penat kaki tidak terkira; Resah hati siapa tahu, Rindu dipendam dalam ketawa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau menarah batang jati, Batang kenanga dikapak juga; Alangkah resah rasanya hati, Sudah lama tak nampak muka.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Susah menyesah kain basah, Rama-rama terbang ke mari, Usah resah usah gelisah, Sama-sama jatikan diri.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Kain putih masih basuh, Letak jangan tempat beradu; Kelau berkasih resah gelisah, Tidak terasa manisnya madu.Pantun Melayu SarawakKasih
Sehari-hari memungut kerah, Dipungut oleh dara teruna; Manakan hati tidak resah, Ada kekasih entah di mana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Awan berarak putih berseri, Hilang di balik awan petang; Bukan kepalang resah di hati, Kerana kekasih dilarikan orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sudah melompat ke dalam kolah, Kolah itu bernama perigi; Saya tidak berhati resah, Sebab kita sudah berjanji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kabut pagi menutupi awan, Hari cerah menjadi redup; Kuikut janji menanti tuan, Hati resah jantung berdegup.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
1
Tesaurus
 
resah (adjektif)
Bersinonim dengan gelisah, cemas, risau, bimbang, tidak senang, renyah, kelesah, rusuh hati;,
Kata Terbitan : meresahkan, keresahan,

Puisi
 

Kalau menarah batang jati,
     Batang kenanga dikapak juga;
Alangkah resah rasanya hati,
     Sudah lama tak nampak muka.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
540

There's no smoke without fire

Khabar angin yang didengar mengenai sesuatu perkara itu tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana jika tidak, masakan orang bercakap

Hujan berpohon, panas berasal

The government refuted the allegations made by the local newspaper that were would be a coup d’’etat by a new junta, but there’’s no smoke without fire, and the public remained concerned.

Kerajaan menyangkal dakwaan akhbar tempatan bahawa junta baru akan membuat rampasan kuasa, tetapi hujan berpohon, panas berasal , dan orang ramai tetap resah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...