Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MABBIMIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
resahtidak tenang hati, rusuh hati, gelisah, gugup: ia kelihatan ~ dan serba salah; mereka telah ~ menanti; ~ gelisah resah; beresah, beresah-resah berada dlm ke­adaan resah, berusuh hati: sejak petang tadi ia beresah-resah sendirian di katilnya; meresah menjadi resah: sebentar kemudian ia ~ lagi; meresahkan menyebabkan resah: panas yg ~ badan; keresahan 1. perihal (keadaan) resah: senang dan tenang ayunan langkahnya bagaikan tidak ada suatu ~ menekan benaknya; 2. mengalami resah: teruk betulkah? Karim ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
resahtidak tenang hati kerana sesuatu kejadian dll; gelisah; risau; gugup: Oleh sebab bapanya belum juga pulang, dia kelihatan ~ dan serba salah. meresahkan menyebabkan berasa resah: Peristiwa itu telah ~nya. keresahan keadaan resah; perasaan resah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
keresahankeadaan resah; perasaan resah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
keresahankeadaan resah; perasaan resah.Kamus Pelajar
resahtidak tenang hati kerana sesuatu kejadian dll; gelisah; risau; gugup: Oleh sebab bapanya belum juga pulang dia kelihatan ~ dan serba salah. meresahkan menyebabkan berasa resah: Peristiwa itu telah ~nya. keresahan keadaan resah; perasaan resah.Kamus Pelajar
beresah-resahberada dlm ke­adaan resah, berusuh hati: sejak petang tadi ia beresah-resah sendirian di katilnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
beresah, beresah-resah berada dlm ke­adaan resah, berusuh hati: sejak petang tadi ia beresah-resah sendirian di katilnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
resah gelisahsangat gelisah;Kamus Dewan Edisi Keempat
keresahan1. perihal (keadaan) resah: senang dan tenang ayunan langkahnya bagaikan tidak ada suatu ~ menekan benaknya; 2. mengalami resah: teruk betulkah? Karim ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
gelabahark sedih, susah hati, gelisah, tidak tentu arah;menggelabah berada dlm keadaan tidak tentu arah, berasa resah gelisah: ramai yg ~ menunggu arahan utk membayar cukai yg telah ditentukan;kegelabahan keadaan tidak tentu arah, keadaan resah gelisah.Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
 
resah (adjektif)
Bersinonim dengan gelisah, cemas, risau, bimbang, tidak senang, renyah, kelesah, rusuh hati;,
Kata Terbitan : meresahkan, keresahan,

Puisi
 

Kalau menarah batang jati,
     Batang kenanga dikapak juga;
Alangkah resah rasanya hati,
     Sudah lama tak nampak muka.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
540

There's no smoke without fire

Khabar angin yang didengar mengenai sesuatu perkara itu tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana jika tidak, masakan orang bercakap

Hujan berpohon, panas berasal

The government refuted the allegations made by the local newspaper that were would be a coup d’’etat by a new junta, but there’’s no smoke without fire, and the public remained concerned.

Kerajaan menyangkal dakwaan akhbar tempatan bahawa junta baru akan membuat rampasan kuasa, tetapi hujan berpohon, panas berasal , dan orang ramai tetap resah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...