Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Patuh Melayu kepada raja, Raja adil raja disembah; Senonoh laku sempurna kerja, Kerja kecil membawa berakah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Laksamana Bentan datang menyembah, Merendah diri walaupun gagah; Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Hilir mudik ke bandar raja, Raja ada di Pasir Panjang; Cantik molek manakan ada, Sedang elok pertimbangan abang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kerbau Jani molek sungguh, Pergi tenggala tanah raja; Malam ini molek sungguh, Macam malam anak raja-raja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Raja Seman Raja Sulaiman, Ketiga dengan Tengku Daud; Baik-baik pegang pedoman, Taufan bergeser ke barat laut.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Raja Hindi raja bermisai, Nampak seperti tanduk gula; Hutang Samsir belum langsai, Hutang kajang datang pula.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Mati dipanah raja bestari, Raja semayam di dalam kota; Kalau dipinang ayahnya tak beri, Bolehlah adik pergi berkira.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Siti Zubaidah menjadi raja, Menjadi raja negeri China; Malam sudah berpandang mata, Jika tak hampir menjadi gila.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Siti Zubaidah menjadi raja, Menjadi raja negeri Yunan; Apakah sudah berpandang mata, Kalau tak dapat menjadi ponan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Raja bermadah mandi bersiram, Burung merpati terbang sila; Berapa lama tuah ayam, Mati gelanggang bujang juara.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Tesaurus
 
raja (kata nama)
1. Rujuk perintah pemerintah

2. Dalam konteks gelaran
bersinonim dengan tuanku, tunku, tengku, ungku, pangeran, syed, sheikh,

Kata Terbitan : meraja, merajai, merajakan, kerajaan, berkerajaan,

Puisi
 

Hilir mudik ke bandar raja,
     Raja ada di Pasir Panjang;
Cantik molek manakan ada,
     Sedang elok pertimbangan abang.



Lihat selanjutnya...