Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
Sheikhdom | negara Syeikh | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan sebuah negara secara monarki mutlak oleh dinasti Sheikh dengan kerajaan yang terpusat dari istana. Pemerintahan ini berlangsung secara turun temurun tanpa unsur keterbukaan persaingan. Sheikh yang memerintah serta ahli keluarganya akan mendominasi institusi legislatif, eksekutif dan kehakiman. Mereka mengawal ketat aktiviti politik supaya kedudukan status quo tidak tercabar. Keluarga Sheikh ini juga menguasai ekonomi dan kekayaan negara. Mereka menentukan perancangan ekonomi negara dan membuat segala keputusan penting seperti menentukan belanjawan negara, jenis barangan eksport, penyertaan dalam organisasi antarabangsa dan sebagainya. Perkembangan demokrasi dan unsur-unsur keterbukaan dan sivil seperti kedudukan pilihan raya, pemisahan kuasa, persaingan parti politik dan kedudukan pembangkang serta peranan media dan NGO sangat minimum malah dalam banyak kes tidak wujud langsung. Contoh negara Sheikh ialah Emiriyah Arab Bersatu, Oman, Qatar, Kuwait dan Bahrain. |
sandiwara | sandiwara | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan drama pentas yang muncul selepas kemerosotan bangsawan. Persembahan drama ini merangkumi drama purbawara dan drama sejarah. Sandiwara tidak seperti Bangsawan yang hanya menggunakan senario (rangka lakonan dan cerita) sebagai asas lakonan. Sandiwara menggunakan skrip bertulis dan menggantikan latar belakang bangsawan dengan set dan prop yang realisitik. Sandiwara merupakan asas drama Melayu moden. Antara skrip sandiwara ialah Di Atas Pentas, Si Bongkok Tanjung Puteri, Lawyer Dahlan, Tun Sri Lanang, dan Tonggak Kerajaan Melayu Johor oleh Shahrom Husain, manakala skrip sandiwara Hang Tuah Pahlawan Melayu dan Tarik bin Zaid Pahlawan Islam oleh Syed Alwi Sheikh al-Hadi. Skrip lain ialah Seruling Gembala, Selingkar Kisah di Kamar Seni, Anak Nazar Tujuh Keramat, dan Ratapan Ibu Pertiwi oleh Kalam Hamidi. Pementasan sandiwara popular di Malaysia dan Indonesia. Lihat juga bangsawan. |
authorial intusion | celahan pengarang | Kesusasteraan | Tiada | Alat penceritaan yang membenarkan pengarang untuk memberhentikan cerita sejenak, keluar daripada cerita dan berbicara secara terus-menerus dengan pembaca. Tidak seperti watak dalam cerita yang dikisahkan, celahan pengarah merupakan suara orang yang tidak terlibat sama sekali dalam aksi cerita. Justeru, suara tersebut dapat memainkan peranan sebagai pembekal maklumat yang tidak diketahui oleh watak dalam cerita. Celahan pengarang tidak semestinya berbentuk percakapan intim seorang pengarang seperti yang terdapat dalam diari atau memoir. Celahan pengarang boleh juga dianggap sebagai pengarang tersirat apabila suara pengarang tidak ketara tetapi tetap diketahui dan difahami. Dalam perkembangan teknik penceritaan, celahan pengarang dipinggirkan untuk sekian waktu kerana dianggap terlalu menonjol, tidak halus, dan tidak berseni tinggi. Namun begitu, pada dekad 1970-an, celahan pengarang digunakan semula apabila bentuk cereka metafiksyen diperkenalkan, dan mula mendapat perhatian ramai. Dalam sastera Melyu moden, bentuk celahan pengarang dapat dilihat pada penggunaan kalam, kertas dan dakwat seperti dalam novel Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-Hadi. Contohnya, llahu Akbar, di sini lemahlah kalam daripada melata di atas kertas yang bersih ini pada menggoreskan apa-apa yang berlaku di antara kedua asyik dan maksyuk ini di dalam peraduannya. Tetapi oleh sebab bersangatan kalam takutkan kemurkaan sekalian tuan-tuan pembaca yang dikasihi, terpaksalah juga kalam mendayu-dayu dan bergurindam dengan syair yang melipurkan sedikit asyik cinta berahi kalam yang berlamaan akan kertas yang saf ini. Lihat juga metafiksyen, pengisah ketara. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sheikh |
|
|