Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Raja adil raja disembah, raja tak adil (= zalim) raja disanggah.

Takrif

Raja yang adil disayangi dan raja yang tak adil dilawan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit.

Takrif

Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula?

Takrif

Raja-raja (orang besar-besar) yang telah turun derajatnya (darjatnya), tak mungkin mencapai kembali martabatnya itu; sesuatu yang sudah ditetapkan (undang-undang, keputusan dan sebagainya) tiadalah dapat diubah lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.

Takrif

Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit, b. Gajah berjuang sama gajah, pelanduk [= kancil] mati di tengah-tengah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gajah berjuang sama gajah, pelanduk (= kancil) mati di tengah-tengah.

Takrif

Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit). (Bandingkan dengan: Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kerja raja dijunjung, kerja kita (= sendiri) dikelek.

Takrif

Menyambilkan pekerjaan sendiri ketika mengerjakan pekerjaan orang lain. dikelek = dibawa di bawah ketiak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kasihkan raja di atas usungan.

Takrif

Kasihan yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kasihan gajah berusung, b. Menangiskan gajah berusung).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Permaisuri raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan.

Takrif

Orang miskin yang ingin menyamai perbuatan orang kaya-kaya. berurap-urapan = berlumas dengan bau-bauan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti raja dengan menteri.

Takrif

Seia-sekata dalam semua perkara.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tohok raja tiada dapat dielak(kan).

Takrif

Kehendak orang yang berkuasa sukar menolaknya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
raja (kata nama)
1. Rujuk perintah pemerintah

2. Dalam konteks gelaran
bersinonim dengan tuanku, tunku, tengku, ungku, pangeran, syed, sheikh,

Kata Terbitan : meraja, merajai, merajakan, kerajaan, berkerajaan,

Puisi
 

Hilir mudik ke bandar raja,
     Raja ada di Pasir Panjang;
Cantik molek manakan ada,
     Sedang elok pertimbangan abang.



Lihat selanjutnya...