Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya mempunyai 3 pertanyaan seperti yang berikut: i. Majils Raja-raja atau Majlis Raja-Raja? ii. Raja-Raja Melayu atau Raja-raja Melayu? iii. Apakah perbezaan antara pelaksanaan dan perlaksanaan? Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah Raja-raja Melayu, tidak seperti Majlis Raja-Raja Melayu iaitu sebuah badan khas. Perlaksanaan ialah hasil daripada melaksanakan, manakala pelaksanaan ialah proses melaksanakan. Lazimnya kita menggunakan perkataan pelaksanaan kerana menceritakan proses atau perihal melaksanakan.Ejaan31.05.2012
Ayat: Satu daripada wasiat Raja-raja Melayu ialah mendaulatkan bahasa Melayu. Raja-raja Melayu atau raja-raja Melayu (nama am, kedua-dua r huruf kecil) atau raja Melayu (nama am, r huruf kecil) atau Raja Melayu (nama khas?) atau ada yang lain?

Ejaan yang betul ialah wasiat Raja-raja Melayu, tidak seperti Majlis Raja-Raja Melayu iaitu sebuah badan/pertubuhan khas.

Ejaan29.12.2009
"raja-raja Melayu" ditulis dengan huruf besar seperti "Raja-raja Melayu" atau tidak?Ejaan yang betul ialah raja-raja Melayu kerana merujuk kepada pemimpin negara, panglima perkhidmatan, pemimpin tentera luar negara kerana kesemuanya merupakan kata nama am.Istilah29.11.2016
Adahah ejaan Raja-Raja Melayu, Peminpin Negara, Panglima Perkhidmatan, Pemimpin Tentera Luar Negara di awal perkataan huruf besar.Ejaan yang betul ialah raja-raja Melayu, pemimpin negara, panglima perkhidmatan, pemimpin tentera luar negara kerana kesemuanya merupakan kata nama am.Ejaan19.07.2012
jika saya ingin membuat tentang penggunaan gaya bahasa diksi dalam prosa klasik Hikayat raja-raja pasai, apakah yang perlu dititikberatkan ?Untuk maklumat lanjut berkenaan gaya penulisan diksi dalam prosa klasik Hikayat raja-raja pasai, tuan boleh menghubungi Bahagian Penerbitan Sastera di talian 03-21479434. Terima kasih.Sastera14.08.2014
Raja Nazran Raja 'Ainal 21/12/2016 15:51 Raja Nazran Raja 'Ainal Raja Nazran assalamualaikum Saya hendak bertanya bagaimana cara untuk buat kolaborasi antara sekolah dengan pihak DBP? terima kasihWaalaikumussalam, Tuan boleh menghubungi Ketua Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja melalui talian 03-21479202 untuk membincangkan program yang ingin tuan adakan itu.Lain-lain21.12.2016
pihak kami ingin mendapatkan kepastian ejaan pada tagline majlis anjuran kami . TAGLINE adlah seperti berikut. " JUBLI INTAN PIALA EMAS RAJA-RAJA 2011 " Terima Kasih Azmi Mohd Pekanmaya productionsKami cadangkan sedikit pembetulan, iaitu "JUBLI INTAN PIALA EMAS RAJA-RAJA". Tatabahasa21.10.2010
gelaran bagi Raja..contoh nama orang bukan dari ketururan raja...(Raja Shamsuddin). Untuk penulisan minit...perlu letak Yang Mulia atau tidak?Jika kita pasti orang yang dimaksudkan itu bukan daripada keturunan raja, tidak perlu meletak gelaran Yang Mulia.Lain-lain07.04.2015
Tepat dan bolehkah gelaran hormat "Tuan" digunakan untuk individu yang bernama Raja Muhtadee dan Raja Azura menjadi Tuan Raja Muhtadee dan Tuan Raja Azura?Gelaran untuk Raja ialah Yang Mulia Raja Azura atau Yang Mulia Raja Muhtadee. Gelaran tuan digunakan untuk memanggil seseorang dalam majlis rasmi sebagai tanda hormat seperti tuan-tuan dan puan-puan atau "sila tuan kemukakan soalan".Lain-lain07.03.2007
Saya ingin bertanya tentang peraturan huruf besar dan huruf kecil. Bagi menterjemahkan frasa seperti "the king of Denmark", perlukah saya menghurufbesarkan raja, "Raja Denmark" atau "raja Denmark" yang betul? Bagaimana pula dengan "the river of Nile"? Sungai Nil atau sungai Nil? Terima kasihEjaan yang betul ialah Raja Denmark dan Sungai Nil kerana kedua-dua frasa ialah kata nama khas.Ejaan18.06.2013
Tesaurus
 
raja (kata nama)
1. Rujuk perintah pemerintah

2. Dalam konteks gelaran
bersinonim dengan tuanku, tunku, tengku, ungku, pangeran, syed, sheikh,

Kata Terbitan : meraja, merajai, merajakan, kerajaan, berkerajaan,

Puisi
 

Hilir mudik ke bandar raja,
     Raja ada di Pasir Panjang;
Cantik molek manakan ada,
     Sedang elok pertimbangan abang.



Lihat selanjutnya...