Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
fuel cellAlat yang mengubah tenaga kimia kepada tenaga elektrik melalui tindak balas elektrokimia. Alat ini terdiri daripada sepasang elektrod yang perlu direndam di dalam elektrolit tetapi diasingkan dengan kertas karbon atau membran yang dapat mengalirkan ion di antara elektrod bagi melengkapkan proses elektrokimia. Bahan bakar yang digunakan seperti hidrogen atau hidrazina akan dibekalkan secara berterusan kepada anod yang akan teroksida untuk menghasilkan ion hidrogen dan elektron. Pengoksida seperti oksigen daripada udara pula akan dibekalkan kepada katod, sehingga ion hidrogen dari anod akan menyerap elektron dari katod dan bertindak balas dengan oksigen bagi menghasilkan air. Elektrod biasanya diperbuat daripada logam, nikel atau nanotiub karbon yang disalut dengan platinum, nanoserbuk besi atau paladium bagi meningkatkan kecekapan. Elektrolit pula adalah daripada bahan seramik atau membran.
field effect transistor (FET)Transistor yang bergantung pada medan elektrik untuk mengawal kekonduksian arus dalam peranti semikonduktor. Dalam peranti ini, punca disambung pada tapak dan voltan dikenakan antara get dengan sumber yang akan memodulatkan arus antara sumber dengan saliran. Kawalan arus terdiri daripada dua mod, iaitu mod penguat dan mod penyusutan. Bagi mod penguat, voltan dikenakan kepada get bagi menambahkan aliran arus daripada sumber ke saliran dan dikenali sebagai OFF. Manakala mod penyusutan pula dikenali sebagai ON dengan voltan dikenakan untuk mengurangkan aliran arus daripada sumber ke saliran. FET digunakan sebagai suis elektronik seperti dalam pemprosesan komputer.
magnetic resonance imaging (MRI)Teknik pengimejan digital komputer yang berasaskan tindak balas denyutan pendek gelombang radio ke atas medan magnet bagi menghasilkan imej struktur atau tisu biologi. Apabila denyutan gelombang radio bertindak ke atas tisu, proton akan teruja dan seterusnya mengalami penyantaian yang tenaganya dapat diukur, yang nilainya berkadaran dengan ketumpatan proton dalam tisu. Teknik ini berguna untuk mengesan barah, malah lebih selamat digunakan berbanding penggunaan sinar-X atau sinar gama. Kebanyakan mesin MRI mempunyai kekuatan medan magnet dalam julat 0.3 - 3 Tesla. Mesin MRI dengan kekuatan sehingga 9 Tesla pula hanya sesuai dalam penyelidikan bahan magnet. Teknik ini juga dikenali sebagai Tomografi Resonans Magnet atau dalam bidang kimia sebagai Resonans Magnet Nuklear (NMR).
1
Tesaurus
 
pula (kata tugas)
Bersinonim dengan jua, pun, juga.,

Puisi
 

Hendak berumah berumah pula,
     Rumah saya di tengah huma;
Hendak bermaaf bermaaf pula,
     Maaf seorang maaf semua.



Lihat selanjutnya...