Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.

Takrif

Pura-pura tidak tahu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah hamba diperhamba pula.

Takrif

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah dieban, dihela pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, f. Terjatuh dihimpit janjang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah dieban, dihela pula.

Takrif

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, f. Terjatuh dihimpit janjang). dieban = dihempas, dilempar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula.

Takrif

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Terjatuh dihimpit janjang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Utang (hutang) samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula.

Takrif

Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak habis, kajang pula, b. Utang [hutang] biduk belum langsai, utang [hutang] pengayuh datang pula, c. Utang [hutang] tembilang belum langsai, utang [hutang] tajak tiba pula).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Utang (hutang) biduk belum langsai, utang (hutang) pengayuh datang pula.

Takrif

Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak habis, kajang pula, b. Utang [hutang] samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula, c. Utang [hutang] tembilang belum langsai, utang [hutang] tajak tiba pula).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lagi jatuh ditimpa tangga.

Takrif

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a.Sudah basah kehujanan, b. Sudah dieban, dibela pula, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Utang (hutang) tembilang belum langsai, utang (hutang) tajak bila pula.

Takrif

Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak habis, kajang pula, b. Utang [hutang] biduk belum langsai, utang [hutang] pengayuh datang pula, c. Utang [hutang] samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bila pula biawak duduk?

Takrif

Pertanyaan untuk sesuatu yang mustahil.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Nasi disaji pula digaduhkan, padi di ladang dilanyak gajah tidak disusahkan.

Takrif

Belanja yang sedikit yang digaduhkan, sedangkan belanja yang besar tidak dihiraukan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
pula (kata tugas)
Bersinonim dengan jua, pun, juga.,

Puisi
 

Hendak berumah berumah pula,
     Rumah saya di tengah huma;
Hendak bermaaf bermaaf pula,
     Maaf seorang maaf semua.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
397

Misfortunes never come singly

Malang sering kali datang bertimpa-timpa

Sudah dibeban dihela pula.

It is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.

Kata orang, sudah dibeban dihela pula. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...