Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum tuan, apakah istilah yang sesuai bagi maksud inner front cover dan inner back cover dalam bahasa Melayu? | Dalam data rujukan kami, terdapat istilah back cover yang dipadankan sebagai kulit belakang manakala front cover pula ialah kulit depan. Perkataan inner pula pula diterjemahkan sebagai dalam. Cadangan kami ialah kulit depan dalam dan kulit belakang dalam. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.02.2018 |
Mohon bertanya, jikalau deep-fry adalah goreng celur, dan stir-fry pula goreng kilas, apakah pula istilah Bahasa Melayu yang sesuai digunakan untuk pan-fry? Sekian, terima kasih | Tiada maklumat pan fry dalam pangkalan data kami. Adakah pan fry juga merujuk kaedah memasak atau kuantiti yang dimasak menggunakan peralatan tersebut. Jika kaedah memasak, terangkan kepada kami kaedah pan fry tersebut, | Istilah | 17.09.2017 |
Salam, Apakah tanda baca yang sesuai di hujung ayat ini? Eh, ke mana pula hilangnya dompet saya! Eh, ke mana pula hilangnya dompet saya? Terima kasih. | Eh, ke mana pula hilangnya dompet saya? | Lain-lain | 09.05.2014 |
Bagaimana pula penggalan waktu dalam B. Inggeris? Tempoh waktu yang dipanggil morning dan lain lain lagi | Dewan Bahasa dan Pustaka hanya memberi padanan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Pemenggalan waktu dalam bahasa Melayu telah dibalas pada soalan puan yang lalu. | Lain-lain | 29.10.2019 |
Bagaimana pula dengan frasa kaunter bayaran dan kaunter pembayaran? Adakah kedua-duanya boleh digunakan? | Kaunter Bayaran dan Kaunter Pembayaran, kedua-duanya betul. Bayaran bermaksud hasil yang dibayar dan pembayaran bermaksud proses membayar. Kedua-dua bentul ini diterima seperti Kaunter Jualan dan Kaunter Pertanyaan. | Tatabahasa | 17.04.2014 |
Bahagian pinggang, pula melambangkan "nusakancana" iaitu Tanah Melayu. Adakah penggunaan tanda petik tersebut betul dan adakah perkataan awal huruf "Nusakancana" perlu dibesarkan seperti itu? | Penggunaan tanda petik pada perkataan "nusakancana" adalah betul. Perkataan ini dieja dengan huruf kecil ("nusakancana") sama seperti perkataan "nusaratang". | Ejaan | 04.03.2020 |
Tuan, bagaimanakah pula dengan maksud ayat di bawah ini dengan penggunaan "merujuk"? 1. Kata sendi nama "kepada" menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad. Adakah "sasaran" (pelaku) mempunyai mata untuk melihat dan membaca "manusia, haiwan, dan unsur mujarad" (objek) untuk mendapat keterangan lanjut? | Pada pandangan kami, manusia, haiwan dan unsur mujarad itulah yang dimaksudkan sasaran, iaitu hasil yang diperoleh daripada sesuatu usaha, bukan sasaran menjadi pelaku yang melihat manusia, haiwan dan unsur mujarad. | Tatabahasa | 13.12.2014 |
Tuan, bagaimanakah pula dengan ayat di bawah ini? Kata adverba "sentiasa" menerangkan golongan perkataan yang mana? 1. Pegawai itu sentiasa sahaja di sini. Kata adverba "sentiasa" menerangkan perkataan "sahaja", atau menerangkan frasa sendi nama "di sini"? Di samping itu, apakah jenis golongan perkataan untuk perkataan "sahaja"? | Adverba “sentiasa” menerangkan frasa sendi nama di sini. Perkara ini akan kami kemukakan kepada panel Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 06.12.2014 |
kenapa internet menggunakan huruf besar seperti penggunaan Internet dan bukan penggunaan internet melayari Internet, teknologi Internet. Buku Tahun 1 huruf kecil, Tahun 2 dan 3 huruf besar pula. Tahun 5 pula huruf kecil. buku teks ini keluaran DBP. | Internet ialah kata nama khas, maka huruf awalannya hendaklah ditulis dengan huruf besar walaupun pada pertengahan ayat. Maklumat yang tuan berikan kami kemukakan kepada Bahagian Buku Teks untuk semakan dan tindakan selanjutnya. | Ejaan | 19.10.2015 |
(1) Menurut kamus, memercikkan bermaksud menrenjiskan air. Apakah pula maksud kiasannya dalam frasa "memercikkan semangat"? (2) Tempias pula bermaksud percikan. Apakah maksudnya dalam frasa "menerima tempias arus globalisasi"? | Frasa “memercikkan semangat” boleh diterjemahkan kepada “menimbulkan/membangkitkan/mencetuskan semangat/marah/benci dan lain-lain. Manakala, frasa “menerima tempias arus globalisasi” pula bermaksud “mendapat/menerima sesuatu bencana/akibat daripada arus globalisasi”. | Makna | 19.06.2020 |