Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PERANG SAUDARAPeperangan antara pihak-pihak yang bertentangan di dalam sebuah negara.UNDANG-UNDANGKonsep
TIMBANG TARA

Timbang tara ialah pengadilan sesuatu

pertikaian oleh seseorang atau lebih, keputusannya

adalah muktamad dan terikat. Hakimnya dikenali

sebagai penimbang tara atau lembaga timbang

tara . Penimbang tara dipilih oleh pihak-pihak yang

bertikai atau agensi berkecuali yang dilantik oleh

mereka. Keputusan penimbang tara ini dikenali

sebagai award . Timbang tara boleh digunakan

antara individu, kumpulan atau negara.

UMUM
DRAF

Draf merupakan perintah bertulis yang dibuat

oleh satu pihak untuk mengarahkan pihak kedua

untuk membayar sejumlah wang yang ditentukan

kepada pihak ketiga.

UMUM
GETAH (RISDA)

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil

Getah (RISDA) ialah agensi berkanun yang

bertanggungjawab terhadap rancangan

penanaman semula getah. RISDA adalah singkatan

Rubber Industry Smallholders Development

Authority atau Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun

Kecil Getah. RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973

di bawah Undang-undang Malaysia (85) 1972, Akta

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil

Perusahaan Getah. Sebelum itu, ia dikenali dengan

nama Lembaga Perusahaan Tanam Semula Getah

(LPTSG) yang terletak di bawah bidang kuasa

Kementerian Perusahaan Utama. Pada tahun 1978,

RISDA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan

Tanah dan Wilayah. Manakala pada tahun 1992,

pentadbirannya diletakkan di bawah Kementerian

Pembangunan Luar Bandar.

UMUM
DIKRI

Dikri. Perintah atau keputusan mahkamah yang mengikat pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian di mahkamah dan mempunyai kuat kuasa undang-undang.  

UNDANG-UNDANGKonsep
SURAT IKATAN

Surat ikatan ialah dokumen bertulis berhubung

dengan pemindahan hak milik harta. Surat ikatan

mesti ditandatangani oleh pihak yang memindah

hak milik. Dalam banyak kes, ia juga ditandatangani

oleh pihak yang menerima hak milik. Surat ikatan

juga mesti memperincikan harta yang dipindah

milik dan menunjukkan niat untuk memindah milik.

Surat ikatan ini hanya akan berkuat kuasa apabila ia

dihantarkan kepada pihak yang menerima hak

milik.

UMUM
ADAT PERKAHWINAN MANDAILING

ADAT PERKAHWINAN MANDAILING, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Mandailing di Sumatera, Indonesia. Perkahwinan di Mandailing ialah salah satu upacara adat paling besar yang disebut horja godang. Upacaranya memakan waktu yang lama dan biaya yang banyak. Ada tiga golongan utama terlibat secara langsung iaitu kahanggi atau kaum kerabat seketurunan dengan pihak lelaki ayah anak boru, kelompok pihak lelaki yang mengambil anak gadis (keluarga/pihak mentua lelaki), dan mora, kelompok anak gadisnya telah diambil oleh pihak lelaki (keluarga/pihak mentua).

           

BUDAYAKonsep
SIMBIOSIS

Simbiosis bermakna hidup bersama. Mana-mana

dua spesies organisma yang berbeza hidup bersama

dalam hubungan yang rapat dinamakan simbiotik.

Dalam hubungan simbiotik, satu pihak selalu

mendapat faedah daripada hubungan ini. Pihak satu

lagi juga mungkin mendapat faedah, atau ia mungkin

tercedera, atau tidak terjejas daripada hubungan ini.

Terdapat tiga bentuk simbiosis, iaitu parasitisme,

komensalisme, dan mutualisme.

UMUM
SHERMAN, WILLIAM TECUMSEH

Sherman, William Tecumseh (18201891)

ialah jeneral terkemuka pihak Kesatuan dalam

Perang Saudara Amerika (18611865). Dia menjadi

sangat terkenal kerana kemaraannya ke laut

menyeberangi Georgia, pada tahun 1864 dan juga

kerana kemaraannya menawan negeri Carolina

pada tahun 1865. Dalam kedua-dua kemaraan ini,

tentera Sherman memusnahkan sebahagian besar

daripada tentera dan sumber ekonomi pihak

Selatan. Dari tahun 1869 hingga tahun 1883,

Sherman berkhidmat sebagai jeneral pemerintah

Angkatan Tentera Amerika Syarikat.

UMUM
PERBICARAAN

Perbicaraan ialah kaedah menyelesaikan

pertikaian di dalam mahkamah undang-undang

melalui kaedah lisan. Dalam kebanyakan kes,

setiap pihak yang bertelingkah menggunakan

khidmat peguam untuk mewakilkan

pandangannya, mengemukakan bukti, dan

menyoal para saksi. Kebanyakan perbicaraan

merupakan perbicaraan berjuri. Dalam

sesetengah perbicaraan, pihak defendan

dibicarakan oleh seorang hakim atau panel

hakim, dan bukannya juri.

UMUM
Tesaurus
 
pihak (kata nama)
1. Bersinonim dengan sisi: belah

2. Bersinonim dengan kumpulan: kelompok, pasukan, golongan, puak, regu,

Kata Terbitan : berpihak, memihak, berpihak-pihak,