Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biduk lalu kiambang bertaut.

Takrif

Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Bandingkan dengan: Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ular berkepala dua.

Takrif

Tidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekerat ular, sekerat belut).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sekerat ular, sekerat belut.

Takrif

Tidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: Ular berkepala dua).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak.

Takrif

Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Peribahasa lain yang sama makna: Biduk lalu kiambang bertaut).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti pedang bermata dua.

Takrif

Menarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti parang [= pisau] mata dua).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti gergaji dua mata.

Takrif

Mencari keuntungan daripada kedua belah pihak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Takrif

Bertindak kerana berada di pihak yang benar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti parang (= pisau) mata dua.

Takrif

Menarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pedang bermata dua).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Alah di rumpun betung.

Takrif

Kekalahan yang belum memuaskan hati kepada pihak yang kalah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertepuk sebelah tangan, bersiul sambil menganga.

Takrif

Cinta kasih yang hanya datang daripada sebelah pihak saja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
pihak (kata nama)
1. Bersinonim dengan sisi: belah

2. Bersinonim dengan kumpulan: kelompok, pasukan, golongan, puak, regu,

Kata Terbitan : berpihak, memihak, berpihak-pihak,