PeribahasaPerahu satu nakhoda dua.TakrifPerempuan yang menduakan suaminya. (Peribahasa lain yang sama makna: Pelesit dua sejinjang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPerahu papan bermuat intan.TakrifSesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Permata lekat di pangkur, c. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPerahu bertambatan, dagang bertepatan.TakrifMelakukan sesuatu hendaklah sesuai dengan tempatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBuruk perahu buruk pangkalan.TakrifTak mahu lagi menginjak rumah isterinya atau tempat bekerja yang telah ditinggalkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai perahu karam sebelah.TakrifHukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIbarat perahu takkan karam sebelah.TakrifKaum keluarga ikut bersimpati atas kecelakaan yang menimpa kerabatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPadang perahu di lautan, padang hati di fikiran.TakrifFikirkan masak-masak sebelum berbuat sesuatu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak.TakrifDua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Peribahasa lain yang sama makna: Biduk lalu kiambang bertaut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik.TakrifSebelum mengeluarkan perkataan hendaklah difikirkan lebih dulu, sebab kalau sudah terlanjur tak dapat ditarik kembali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak mengayuhkan perahu tertambat.TakrifHendak kahwin dengan perempuan yang masih dalam edahnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| perahu (kata nama) | Bersinonim dengan sampan, gurap, sambuk, sagur, biduk, baluk, tongkang, sekoci, selob, selup;, | | Kata Terbitan : berperahu, |
|
Puisi |
---|
|
Perahu belayar menyusur arus, Patah kemudi susur di pantai; Baik cari cindai yang halus, Alah beli menang dipakai.
Lihat selanjutnya... |
|