Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Ejaan mana yang betul, Corak Beras Patah atau corak beras patah ? | Kedua-dua perkataan "Corak Beras Patah" atau "corak beras patah" adalah betul ejaannya, bergantung pada ayat. Contohnya: Untuk penulisan tema atau slogan iklan, adalah lebih baik menggunakan ejaan "Corak Beras Patah", berbanding ejaan "corak beras patah". | Tatabahasa | 07.08.2014 |
Secara logiknya, dalam pengiraan jumlah patah perkataan, kata sendi nama ' di sini atau di situ" ,adakah dikira 2 patah perkataan? KN Khas, Taib Mahmud bin Tuan man, adakah dikira 4 patah? TQVM | Bilangan patah perkataan bagi perkataan di sini ialah dua patah kata dan Taib Mahmud bin Tuan Man ialah lima patah kata. | Tatabahasa | 20.05.2011 |
Sya ingin membuat pertanyaan? Adakah penanda wacana dikira sebagai satu patah perkataan atau dua patah perkataan? Contohnya selain itu. Bagaimana pula dengan Di samping itu.... | Bilangan patah perkataan bagi penanda wacana "selain itu" dikira sebagai dua patah perkataan manakala "Di samping itu" dikira sebagai tiga patah perkataan. | Lain-lain | 23.01.2011 |
Selamat sejahtera.saya ingin bertanya tentang pengiraan jumlah patah perkataan peribahasa dalam penulisan karangan. Contohnya "Bagai aur dengan tebing". Adakah dikira satu patah perkataan atau empat patah perkataan? Sekian, terima kasih. | Bagai aur dengan tebing dikira empat patah perkataan. | Lain-lain | 11.05.2016 |
Salam sejahtera, Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia sekolah kami memberitahu kami bahawa, "Di samping itu" dikira satu patah perkataan dalam latihan ringkasan. Bukankah 3 patah perkataan? | Bilangan patah perkataan bagi perkataan di samping itu ialah tiga patah kata. Kami mencadangkan saudara mengikut seperti yang diajarkan oleh guru di sekolah. | Tatabahasa | 30.04.2013 |
Salam 1 Malaysia, Saya ingin bertanya tentang pengiraan jumlah patah perkataan peribahasa dalam penulisan karangan. Contohnya ialah "Bagai aur dengan tebing". Adakah dikira satu patah perkataan atau empat patah perkataan? Sekian, terima kasih. | Bilangan perkataan dalam peribahasa "Bagai aur dengan tebing" dikira sebagai empat patah perkataan. | Istilah | 21.05.2010 |
Kata hubung seperti Di samping itu, Selain itu dikira satu patah perkataan atau tiga patah perkataan untuk DI SAMPING ITU dan dua patah perkataan untu SELAIN ITU / OLEH ITU? | Kata ialah gabungan atau kesatuan bunyi yang menagndungi atau menyampaikan pengertian (makna) tertentu. Dalam soalan yang dikemukakan, 'di samping', 'selain' dan 'itu' ialah kata yang mempunyai makna khusus. Oleh itu, kata ini dikira sebagai satu kata tersendiri. | Lain-lain | 10.06.2008 |
Assalammualaikum. Saya hendak mendapatkan kepastian untuk mengira patah perkataan di dalam teks. Kata nama seperti si Comel, Encik Ali, Pak Man, kim wah dikira sebagai berapa patah perkataan? Terima kasih. | As salam, Papah perkataan dikira seperti berikut ; si comel = dua patah perkataan, Encik Ali = dua patah perkataan, Pak Man = dua patah perkataan dan Kim Wah = dua patah perkataan | Tatabahasa | 18.02.2013 |
Perkataan Maklum Balas adalah satu patah perkataan atau dua patah perkataan. Terima Kasih. | Ejaan yang betul ialah maklum balas. | Ejaan | 01.08.2016 |
Salam, Perkataan "telah pun" ialah satu patah perkataan atau dua patah perkataan?Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah telah pun (dua perkataan). | Ejaan | 30.06.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| patah (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan sekah: serkah, pukah, ripuk, kopak, sempal, jahanam,
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan terhenti, tergencat, terencat, tergendala, terhalang, terbantut, terbengkalai,
terkandas,
| Kata Terbitan : berpatah, mematahkan, pematahan, pematah, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau bergelang jangan patah, Kalau patah dalam perahu; Hati adik tidak berbelah, Orang tidak mahu manalah tahu.
Lihat selanjutnya... |
|