Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SALAH NYATA CUAIPernyataan palsu tentang fakta yang dibuat secara cuai.UNDANG-UNDANGKonsep
DOMAIN NYATA

Domain nyata ialah hak sedia ada sesebuah

kerajaan bagi memaksa seseorang pemilik

harta untuk menjual hartanya jika harta itu

diperlukan untuk kegunaan awam.

UMUM
AKSIOM

Aksiom ialah kenyataan matematik yang

diandaikan benar. Aksiom dianggap sebagai

kebenaran nyata yang tidak boleh dibuktikan. Satu

contoh aksiom ialah aksiom selari dalam

geometri. Aksiom selari ini menyatakan bahawa

melalui satu titik yang tidak terletak pada suatu

garisan yang ditentukan, satu, dan hanya satu,

garisan boleh dilukis selari dengan garisan yang

diperuntukkan.

UMUM
METAMORFOSIS

Metamorfosis ialah perkataan Yunani yang

bermakna transformasi. Ahli biologi menggunakan

perkataan ini untuk menjelaskan perubahan nyata

pada bentuk dan rupa yang berlaku pada haiwan

peringkat rendah antara fasa pembesaran dengan

fasa dewasa.

UMUM
METAFIZIK

Metafizik adalah satu cabang dari ilmu falsafah

yang berkenaan dengan sesuatu yang berbentuk

semula jadi bagi alam nyata. Ia dinamakan juga

ilmu di sebalik alam semula jadi. Ia bertujuan

mengetengahkan sigat yang tersusun bagi alam ini

dan asas-asas (prinsip-prinsip) yang mengaturnya,

berbeza dengan ilmu alam semula jadi yang

membahaskan zahir (luaran) alam ini dengan

perbahasan yang terhad.

UMUM
SATIN

Satin ditenun dengan benang pakan (benang

melintang) tidak menyilang benang lungsin (benang

memanjang) sekerap tenunan kain jenis lain. Satin

tidak mempunyai corak serong yang nyata. Malahan

fabrik ini licin dan berkilat. Satin juga merujuk

kepada fabrik sutera, nilon, rayon dan kapas dengan

tenunan satin.

UMUM
LETHE

Lethe ialah satu daripada lima batang sungai

di alam ghaib dalam mitologi Yunani dan Rom.

Sungai-sungai ini bertindak sebagai sempadan

antara alam nyata dengan alam kematian.

UMUM
PUNCA KUASA TIGA

Punca kuasa tiga ialah salah satu daripada tiga

faktor yang sama bagi sesuatu nombor (lihat

Faktor ). Nombor yang sama (m) diambil sebagai

faktor tiga kali akan menjadi punca kuasa tiga

nombor yang lain (n). Oleh itu, m X m X m = n.

Contohnya punca kuasa tiga bagi 2 ialah 8, kerana

2 X 2 X 2 = 8 dan punca kuasa tiga bagi 5 ialah 125,

kerana 5 X 5 X 5 = 125. Nombor nyata hanya

mempunyai satu punca kuasa tiga nyata, iaitu

nombor positif atau nombor negatif, bergantung

pada sama ada nombor yang diberikan itu positif

atau negatif. Simbol lain diletakkan di depan

sesuatu nombor untuk menandakan bahawa

puncanya hendaklah dicari , atau ditentukan.

Simbol ini dituliskan √, dan dikenali sebagai

tanda punca atau tanda radikal . Jika punca yang

hendak dicari itu ialah punca kuasa tiga, maka

angka kecil 3 hendaklah diletakkan di atas tanda

punca tadi. Jadi 3 √8 menandakan bahawa punca

kuasa tiga bagi 8 hendaklah ditentukan.

UMUM
KEPERCAYAANKEPERCAYAAN,  suatu tanggapan tentang alam nyata dan alam ghaib yang dipegang oleh orang Melayu.BUDAYAKonsep
CERITA FANTASTIK

CERITA FANTASTIK, corak cerita Melayu yang lebih mengutamakan kehadiran unsur-unsur keanehan, kekaguman, dan keluarbiasaan yang dalam konsep sastera Barat dikenal sebagai supernatural dan marvellous di samping kewujudan unsur realiti. Cara berceritanya menggunakan aturan cerita realiti, tetapi bahan isinya dikisahkan dalam cara yang tidak nyata. Pembaca seperti ditarik secara perlahan-lahan dari alam nyata ke suatu alam yang lebih aneh, yang penuh dengan keajaiban dan keluarbiasaan yang lebih mendekati unsur-unsur yang umumnya dikaitkan dengan marvellous dan supernatural  tadi.

     

SASTERAKonsep
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,

Puisi
 

Kain putih satu hasta,
     Dikoyak-koyak tinggal sejengkal;
Pandanglah saya nyata-nyata,
     Balik ke kampung jangan menyesal.



Lihat selanjutnya...