Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ke langit tak sampai, ke bumi tak nyata (= tak terjejak).

Takrif

Pekerjaan yang tanggung-tanggung atau terbengkalai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bergelanggang di mata orang banyak.

Takrif

Terang atau nyata sekali.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ubur-ubur airnya hitam.

Takrif

Orang yang jahat nyata pada kelakuan dan perkataannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Merawal menulang bukit, cerana menengah kota.

Takrif

Tanda yang nyata bahawa seseorang itu hendak memajukan sesuatu permintaan. merawal = panji-panji.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Murai berkicau hari siang.

Takrif

Sesuatu yang sudah terang dan nyata.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Siang bagai hari, terang bagai bulan.

Takrif

Kesalahan yang sudah nyata sekali.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bukannya bersuluh batang pisang, bersuluh bulan matahari.

Takrif

Kebenaran yang sudah terang dan nyata, tidak saja disaksikan oleh orang-orang biasa, tetapi juga oleh orang-orang yang berkuasa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ayam putih terbang siang, hinggap di halaman, terang kepada mata orang banyak.

Takrif

Perkara yang nyata mudah ketahuan. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap di kayu merasi, bertali benang bertambang tulang; atau Ayam putih terbang siang, bertali benang bertambang tulang, hinggap di kayu meranting). merasi (merarasi) = kayu yang gugur semua daunnnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,

Puisi
 

Kain putih satu hasta,
     Dikoyak-koyak tinggal sejengkal;
Pandanglah saya nyata-nyata,
     Balik ke kampung jangan menyesal.



Lihat selanjutnya...