Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tumbuh di tanah yang gembur.

Takrif

Anak gadis daripada keluarga yang mewah-mewah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Air didih menganak sungai.

Takrif

Hiburan yang sangat mewah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai kucing tidur di bantai.

Takrif

Hidup senang dan mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Ayam bertelur di atas padi). bantai = daging binatang yang disembelih.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ayam bertelur di atas padi.

Takrif

Hidup senang dan mewah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Harap hendak melonjak, kopiah pesuk.

Takrif

Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Harap hendak meraup, tidak boleh menggenggam.

Takrif

Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik juga di negeri kita.

Takrif

Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita; baik juga di negeri kita.

Takrif

Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri oang; baik juga di negeri kita).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hujan emas di negeri orang, hujan batu (= keris lembing) di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri.

Takrif

Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
mewah (adjektif)
Bersinonim dengan kaya-raya, makmur, senang-lenang, berlebih-lebihan, serba berlebih, lewah, melimpah-limpah, melimpah-ruah, penuh-ruah;,
Kata Terbitan : kemewahan,