Kata |
Takrif |
Sumber |
senang- lenang | serba-serbinya cukup; bahagia dan mewah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
senang-lenang | berbahagia sekali, tiada satu pun yg kurang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senang -lenang | berbahagia sekali (hidupnya), sentiasa senang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lenang | /lénang/ tenang (bkn air). senang-~ serba-serbinya cukup; bahagia dan mewah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tubuh | 1. = ~ badan keseluruhan jasad manusia atau binatang yg kelihatan (terdiri drpd kepala, badan dan anggota): makanan yg banyak mengandungi zat perlu utk membina dan menjaga kesihatan ~; direbahkan ~nya; bekas ~ pakaian yg sudah dipakai; 2. badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota): peluru itu kena ~nya terus ke jantung; berpeluk (memeluk) ~; batang ~ a) = tubuh badan keseluruhan jasad; b) badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota); c) diri (sendiri); 3. = batang ~ diri (sendiri), peribadi; tuan ~ tuan sendiri (bukan wakil dll); 4. bahagian sesuatu yg terpenting, awak: ~ perahu; ~ kapal terbang; 5. ark = pertubuhan; 6. jisim, jasad benda; ~ halus roh, jiwa (lwn jasad); ~ kasar jasad; tolak tangan berayun kaki peluk ~ mengajar diri prb membuang kehidupan yg senang-lenang; setubuh 1. satu badan, sebadan; 2. ark se-cocok, sejodoh benar, seia sekata; 3. = persetubuhan seketiduran, jimak, sanggama; bersetubuh melakukan perhubungan jenis, berjimak, bersanggama, berseketiduran; menyetubuhi melakukan perhubungan jenis (hubungan seks) dgn, menjimak, meniduri; bertubuh bp berbadan sihat, gemuk, tambun: anak dia itu ~ benar; menubuhkan 1. mendirikan (persatuan dll), membentuk (jawatankuasa, badan, dll): beliau berazam hendak ~ sebuah Bank Rakyat pd tahun hadapan; 2. mewujudkan, mengadakan, menjelmakan, menyatukan (dgn): bagi keperluan mereka yg tidak mampu membeli buku saya mengesyorkan kerajaan ~ perpustakaan di kampung-kampung dan di pekan-pekan kecil; tertubuh sudah ditubuhkan (diwujudkan dll), terwujud, terbentuk: dgn ~nya Universiti Kebangsaan maka kesempatan utk mengecap pelajaran tinggi terbuka lebih luas kpd rakyat bumiputera; pertubuhan badan yg ditubuhkan utk mengerjakan (menjalankan) sesuatu, lembaga, organisasi, persatuan: P~ Bangsa-Bangsa Bersatu badan antarabangsa yg bertujuan menegakkan keamanan dan keselamatan dunia; ~ bukan kerajaan badan atau pertubuhan sukarela yg bergiat dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsinya yg tertentu; ~ sukarela pertubuhan yg diwujudkan dgn kehendak atau kerelaan anggota-anggotanya utk berkhidmat kpd masyarakat (bukan kerana mata pencarian atau utk memperoleh keuntungan dsb); penubuhan perihal menubuhkan (syarikat, persatuan, dll): ~ syarikat ini memberi peluang kpd orang Melayu utk memiliki rumah sendiri melalui syarikat ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lenang | (lénang) tenang (air dll): apabila Datuk Selampit itu telah mengaku kalah maka air laut itu pun ~ semula; senang-~ berbahagia sekali, tiada satu pun yg kurang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senang | 1. (serba) mudah, tidak ada kesulitan (perkara yg susah-susah), tidak ada yg me-nyusahkan: kerja mereka ~ dan mudah; makanan yg murah dan ~ mendapatnya utk memberikan tenaga ialah karbohidrat; 2. suka, mesra: kalau begitu, saya tidak ~ kpd engkau lagi; 3. berasa puas (enak, nyaman, gembira, dll), rehat: sehari-hari disuruhnya belajar tak satu, satu, tidak boleh ~; belum pernah dia tidur tengah hari, atau berbaring-baring dgn ~nya melainkan sentiasa dlm pekerjaannya; 4. bahagia (hidupnya), tidak susah atau melarat: susah dan ~ kehidupan keluarga mereka, tidaklah menjadi peng-halang kpd budak-budak itu bersuka ria; 5. ki bersahaja (percakapan dll), tenang: Lili meneruskan kata-katanya dgn tenang dan ~;~ cakap mudah memperkatakan sesuatu tetapi mengerjakannya (mengusahakannya) belum tentu; ~ hati berasa puas (gembira); ~-lenang berbahagia sekali (hidupnya), sentiasa senang; ~ sentosa sentiasa dlm aman bahagia; bersenang; ~ diri = bersenang-senang ber-buat sesuatu dgn senang hati (supaya senang), berehat-rehat, bersuka-suka: kasihan, sepatut-nya engkau duduk ~-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan; kita pun tualah sedikit, kita hendak ~-senang sentiasa; bersenangkan, bersenang-senangkan; ~ diri bersenang-senang; ~ lelah sl melepaskan lelah, berehat; menyenangi berasa senang (gembira) akan, suka akan, menyukai: dlm memilih jalan tengah, kami tahu kami tidak akan disenangi oleh pihak kiri dan pihak kanan; saya lebih ~ teater; tidak ada suatu pun yg kusenangi; menyenangkan 1. menjadikan mudah (tidak susah), memudahkan, melicinkan (perjalanan): utk ~ mengajar, guru boleh membahagikan kelas kpd beberapa kumpulan; 2. meng-gembirakan, menyukakan hati: muka yg satu masa dahulu itu sangat-sangat ~ hatinya kini telah begitu merunsingkan pula; bagi Khatijah, pindah ke rumah baru itu sesung-guhnya ~; 3. mendatangkan rasa senang, menyamankan, menenteramkan (perasaan, fikiran, dll), memuaskan: hatinya tiba-tiba didatangi suatu perasaan yg tidak ~; 4. membetahkan (penyakit), menyembuhkan: ia tidak dapat hendak memberikan ubat yg boleh ~ penyakit itu; 5. menjadikan senang (bahagia, mewah): aku nak menolong awak, nak ~ awak juga; kesenangan perihal senang, kebahagiaan, kegembiraan, keenakan, kepuasan: segala perintah dan hukumnya itu menuju kpd suatu perkara yg besar iaitu ~ hati bagi segala rakyat; ~ dan kemewahan hidup yg dirasainya itu ialah disebabkan oleh harta pusaka Mak Haji sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
clover | n klover; /be, live/ in ~, bagai ayam bertelur /di atas padi, dlm kepuk/, hidup senang-lenang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
idle | ~ rumours, khabar angin; ~ threats, gertak-gerantang, gertak sambal; (to ask) out of ~ curiosity, bertanya krn ingin tahu sahaja; the ~ rich, orang kaya yg hidup senang-lenang; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fat | chew the ~, (colloq) a. discuss st usu in argumentative, grumbling way, bercekcok; b. talk casually, gossip, bersembang, berborak, berbual; the ~ is in the fire, (colloq) siaplah; live /off, on/ the ~ of the land, (colloq) hidup senang-lenang; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
senang-lenang | [se.nang.lé.nang] | سنڠ-لينڠ |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata senang-lenang |
|
|