Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Sungguh merdu suara seruling, Orang teringat ke masa lalu; Sungguh pemalu betina juling, Memandang tepat ia tak mahu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Duduk beramai mengucap zikir, Begitu merdu suara Tok Aki, Sungguh malang nasib Pak Tahir, Dapat kerbau tidak berkaki.Pantun Melayu SarawakNasib
Buluh perindu dibuat suling, Bunyinya merdu bukan kepalang; Hatiku rindu adik berpaling, Daripada malu eloklah hilang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buluh perindu dibuat suling, Bunyinya merdu mendayu-dayu; Menahan rindu badanku kering, Dinda tak mahu mengambil tahu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Puyuh berlari dalam jerami, Tiak menyanyi merdu suara; Tujuh lautan telah kuselami, Tidak kutemui sebutir mutiara.Pantun Melayu SarawakPerantau
Tiup seruling di tanah lapang, Bunyi merdu berdayu-dayu; Hati runsing kepada abang, Kirimlah salam kepada mak bayu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Azan bukan sebarang pesan, Azan bilal suaranya merdu; Pesan bukan sebarang pesan, Pesan kutinggal tanda rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kain tudung kain pelangi, Kain dibeli di kedai Cina; Sungguh merdu adik menyanyi, Abang teringat tidur tak lena.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1
Tesaurus
 
merdu (adjektif)
Bersinonim dengan enak, sedap, lunak, lembut, mersik;,
Kata Terbitan : kemerduan,

Puisi
 

Kain tudung kain pelangi,
     Kain dibeli di kedai Cina;
Sungguh merdu adik menyanyi,
     Abang teringat tidur tak lena.



Lihat selanjutnya...