Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai perian pecah.

Takrif

Suara yang tidak merdu. perian = tabung bambu untuk membawa air.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gagak bersuara murai.

Takrif

Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti bangsi buluh perindu.

Takrif

Suara yang lemah lembut dan merdu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti buluh perindu ditiup angin tatkala dinihari.

Takrif

Suara yang sangat merdu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Membulang ayam indarus rancak kokok.

Takrif

Lahirnya saja pandai atau berani, tetapi yang sebenarnya bodoh atau penakut. rancak kokok = merdu bunyi kokoknya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
merdu (adjektif)
Bersinonim dengan enak, sedap, lunak, lembut, mersik;,
Kata Terbitan : kemerduan,

Puisi
 

Kain tudung kain pelangi,
     Kain dibeli di kedai Cina;
Sungguh merdu adik menyanyi,
     Abang teringat tidur tak lena.



Lihat selanjutnya...