Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Padi dijemur merata-rata, Pipit murai terbang bertiga; Jika makmur Negara kita, Cicit moyang tetap berbangga.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Orang berdedai berburu todak, Merata sungai hingga ke hulu; Abang bagaikan baju yang koyak, Siapa memakai tentulah malu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buku tebu dibelah-belah, Hampas dibuang merata-rata; Buka buku baca sejarah, Adakah Melayu penghianat pendusta?Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Alangkah elok kembang setaman, Bau semerbak merata kampung; Memanglah elok orang berkawan, Satu tegak semua mendukung.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Parut nyiur ulam pegaga, Selasih puspa merata-rata; Terkejut kami dalam jaga, Aceh ranap sekelip mata.Pantun Melayu SarawakAgama
Pepulih dalamlah telaga, Rumput lalang rata merata; Sungguh malang nasib hamba, Emas digenggam nak jadi tembaga.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Ambil parang pergi menebas, Dahannya jatuh merata-rata; Dulu hamba mergastua bebas, Sekarang dijerat si molek jelita.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Di Kampung Hulu banyak temu, Tumbuh bersepah merata-rata; Adakah tahu nasib temanmu, Sentiasa berendam airnya mata.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Banyaknya di bawah bunga bertabur, Harum berbau merata-rata; Rasa jiwa umpama lebur, Kerana rindu asyik bercinta.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Satu dua tiga empat, Siamang rabun katak melompat; Bubu dipasang merata tempat, Air banyak susah mahu dapat.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
1
Tesaurus
 
rata
1. Bersinonim dengan datar
( papak, papar, tarah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sama banyak
( sama adil, dengan saksama, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan keseluruhannya
( dengan sekata)
(adverba:)

Kata Terbitan : serata, merata-rata, menyeratakan, rata-rata, merata, merata-rata, meratakan, kerataan, perata,

Puisi
 

Ambil parang pergi menebas,
     Dahannya jatuh merata-rata;
Dulu hamba mergastua bebas,
     Sekarang dijerat si molek jelita.



Lihat selanjutnya...