Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Sila pilih ayat yang betul. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan. (a) Jangan membuang sampah di merata tempat. (b) Jangan membuang sampah di merata-rata tempat. (c) Jangan membuang sampah di merata-rata. (d) Jangan membuang sampah merata-rata. (e) Saya melihat merata tempat. (f) Saya melihat merata-rata tempat.

Ayat yang betul ialah (a), (b), (e) dan (f). Manakala ayat yang tidak betul pula (c) dan (d) kerana kedua-dua ayat tersebut tidak lengkap.

Tatabahasa06.09.2021
1. Kami memperindah ruang tamu dengan belon yang berwarna-warni / belon-belon yang berwarna-warni 2. Mereka membuang sampah di merata-rata tempat / merata-rata tempat.

1. Kami memperindah ruang tamu dengan belon yang berwarna-warni.

2. Mereka membuang sampah di merata-rata tempat.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa05.06.2010
Salam. Adakah kedua-dua ayat di bawah ini diterima? Terima kasih. 1. Jangan buang sampah di merata-rata tempat. 2. Jangan buang sampah merata-rata tempat.Frasa yang betul ialah "Jangan buang sampah di merata-rata tempat".Tatabahasa05.09.2014
Apakah definisi Diaspora?Diaspora bermaksud 1. penyebaran ke merata-rata tempat, seperti orang yang pada asalnya tergolong dalam budaya yang sama; 2. kelompok manusia yang pada asalnya tergolong dlm budaya yang sama yang telah tersebar di merata-rata tempat lain.Makna05.11.2009
Tuan untuk ayat berikut, perkataan yang mana paling tepat? Basil menyalahkan adiknya menghilangkan buku latihannya sedangkan ............... sendiri yang meletakkannya di merata-rata tempat. A dia B diri C dirinyaJawapan yang betul ialah A dia (Basil menyalahkan adiknya menghilangkan buku latihannya sedangkan dia sendiri yang meletakkannya di merata-rata tempat.)Tatabahasa07.06.2012
Berkenaan peribahasa "bagai cendawan tumbuh selepas hujan" adakah boleh jika ditambah perkataan "melata /merata" di tengah- tengah prb tersebut ? Contoh - bagai cendawan tumbuh melata selepas hujanPeribahasa ialah warisan daripada generasi terdahulu. Tidak ada tambah tokok dalam pengambilan peribahasa tersebut.Tatabahasa11.10.2014
apakah maksud dihamburkannya buah catur?

Hambur bermaksud membuang sesuatu merata-rata atau mengeluarkan banyak-banyak sesuatu benda. Berdasarkan makna yang tersebut ungkapan dihamburkannya buah catur (dalam permainan catur) kurang tepat kecuali jika ayat tersebut bermaksud mengeluarkan buah catur dengan banyak.

 

Tatabahasa29.04.2010
menghamburkan dan menyemburkan,apa bezanya?Menghamburkan bermaksud membuang sesuatu (bunga dan lain-lain) merata-rata; sama makna dengan menyebarkan dan menaburkan. Menyemburkan bermaksud memancarkan se­suatu dari mulut. Sila layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my , taipkan perkataan yang diperlukan dalam ruangan CARI dan saudara akan peroleh data daripada kamus, istilah dan sebagainya.Makna31.01.2011
Salam, apakah kata ganda berentak yang sesuai dengan keadaan bilik yang bersepah (pakaian diletakkan di merata-rata)..adakah sesuai digunakan tunggang-langgang?ataupun ada kata ganda berentak lain yang lebih sesuai?terima kasih.Dalam Kmaus Dewan Edisi Empat, tunggang-langgang bermaksud berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang; menunggang-langgangkan 1. menjadikan berguling-guling, mengguling-gulingkan, men-jungkirbalikkan; 2. menjadikan berlari tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dll); 3. memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll), memu­tar­balikkan;.Daripada takrifan tersebut, perkataan tunggang-langgang kurang sesuai digunakan. 
 

Kata ganda yang sesuai digunakan ialah bersepah-sepah atau berserak-serak.
Tatabahasa02.12.2013
Assalamualaikum. Di bawah saya sertakan beberapa contoh ayat. Mohon tuan betulkan pada ayat-ayat yang memiliki kesalahan tatabahasa. 1.Dilarang membawa masuk motosikal atau kereta. Con: kawasan yang tidak dibenarkankan parkir. 2.Dilarang membuang sampah merata rata gunakan tong sampah disediakan. 3. Dilarang membawa anjing atau binatang peliharaan. (sesuaikah sekiranya binatang diganti dengan ternakan) 4.Dilarang memetik/memusnahkan atau memindah pokok bunga. ( sesuai atau tidak jika memusnahkan diganti dengan merosakkan) 5. Anda sedang diperhatikan, sesiapa yang melanggar tata kelakuan di atas adalah melakukan kesalahan. Terima Kasih. ISMAIL HASHIM ismazubl@gmail.com1. Dilarang meletak motosikal atau kereta di sini. 
2. Dilarang membuang sampah merata-rata. Gunakan tong sampah yang disediakan.
3. Dilarang membawa haiwan peliharaan. 
4. Dilarang menyentuh dan merosakkan pokok bunga. 
5. Anda sedang diperhatikan. Sesiapa yang melanggar peraturan di atas, anda dianggap telah melakukan kesalahan.
Tatabahasa28.02.2015
Tesaurus
 
rata
1. Bersinonim dengan datar
( papak, papar, tarah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sama banyak
( sama adil, dengan saksama, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan keseluruhannya
( dengan sekata)
(adverba:)

Kata Terbitan : serata, merata-rata, menyeratakan, rata-rata, merata, merata-rata, meratakan, kerataan, perata,

Puisi
 

Ambil parang pergi menebas,
     Dahannya jatuh merata-rata;
Dulu hamba mergastua bebas,
     Sekarang dijerat si molek jelita.



Lihat selanjutnya...