PeribahasaKubur kata mari, rumah kata nanti.TakrifOrang yang sudah lanjut usianya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari.TakrifPersetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKusut di hujung, lari (= bawa) ke pangkal.TakrifPembicaraan yang sudah melentur kian ke mari, hendaklah segera kembali ke pokok masalah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti daun kering ditiup angin di tengah padang.TakrifHidup melarat, terkatung-katung kian ke mari.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnjing terpanggang ekor.TakrifMendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anjing tersepit di pagar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai anjing tersepit di pagar.TakrifMendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. (Peribahasa lain yang sama makna: Anjing terpanggang ekor).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPecah bunyi (= tepi), buruk berita.TakrifKejadian yang tak baik, kemudian menjadi besar kerana diceritakan orang ke sana ke mari. pecah tepi = pecah sedikit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Timur mari selatan mari, Jangan sahaja Barat Laut; Tidur mari sebantal mari, Kencang pinggang tetap dipaut.
Lihat selanjutnya... |
|