Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KEJURUTERAAN

Kejuruteraan ialah kerjaya yang

mengaplikasikan pengetahuan saintifik untuk

sesuatu manfaat. Perkataan engineering dalam

bahasa Inggeris berasal daripada perkataan Latin

ingeniare yang bermaksud mereka atau mencipta.

Jurutera mengaplikasi prinsip ilmu sains dalam

mereka struktur, jentera dan semua produk yang

dikeluarkan. Mereka juga sentiasa mencari jalan

terbaik dalam menggunakan sumber sedia ada dan

sentiasa membangunkan bahan-bahan baru.

Jurutera mempunyai peranan secara langsung

dalam penciptaan teknologi moden yang

melibatkan perkakasan, bahan, teknik, dan sumber

kuasa yang memudahkan kehidupan kita (lihat

Teknologi).

UMUM
BIJIH TIMAHBatu pejal atau tanah pasir yang mengandungi mineral timah melebihi paras biasa dan memberi faedah ekonomi atau manfaat apabila diusahakan.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
PASTEUR, LOUIS

Pasteur, Louis (18221895), ahli sains Perancis,

memberi sumbangan yang besar kepada ilmu

kimia, perubatan, dan industri yang memberi

banyak manfaat kepada manusia. Penemuannya

bahawa penyakit disebarkan oleh bakteria

telah menyelamatkan nyawa yang tidak

terbilang banyaknya. Pasteur merupakan ahli

sains teori yang agung dan yang menerapkan

penemuan asasnya kepada masalah praktik yang

penting baik dalam bidang industri mahupun

dalam bidang perubatan.

UMUM
BENEFISIARI

Benefisiari merujuk kepada orang yang menerima manfaat, sama ada daripada suatu wasiat ataupun suatu amanah.

UNDANG-UNDANGKonsep
SINAR ULTRAUNGU

Sinar ultraungu ialah bentuk cahaya yang tidak

boleh dilihat dengan mata kasar, yang terletak

betul-betul melepasi penghujung warna ungu

kebiruan dalam spektrum cahaya tampak.

Matahari ialah sumber semula jadi utama sinar

ultraungu. Kilat, atau sebarang percikan elektrik

yang lain di udara juga mengeluarkan sinar

ultraungu. Sinar ini boleh dihasilkan secara tiruan

dengan melalukan arus elektrik melalui satu gas

atau wap seperti wap merkuri. Sinar ultraungu

boleh menyebabkan selaran matahari.

Pendedahan yang berlebihan terhadap sinar ini

boleh menyebabkan kanser kulit. Sinar ultraungu

juga memusnahkan organisma yang berbahaya

dan mempunyai manfaat yang lain.

UMUM
PAK KADUK

PAK KADUK, nama watak dalam cerita jenaka Melayu, sastera rakyat. Pak Kaduk melalui Cerita Pak Kaduk membawa watak bodoh sial. Dia bernasib baik tetapi rezeki tidak di pihaknya kerana sifat tamaknya. Dia juga tidak boleh dianggap bodoh seperti Pak Pandir kerana dia berdaya menggunakan akal supaya mendapat manfaat daripada usaha yang dilakukan. Malangnya tindakan yang diambil setelah membuat pertimbangan tidak sesuai dengan keadaan sebenar, menyebabkan dia kerugian, iaitu yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. 

SASTERAKarya
KURSI TUN ABDUL RAZAK

KERUSI TUN ABDUL RAZAK, pembiayaan untuk Pengajian Asia Tenggara di Pusat Pengajian Antarabangsa, University of Ohio oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di Kuala Lumpur yang bermula pada tahun 1980. Kerusi ini didedikasikan kepada Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia yang pertama dan Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Kerusi ini ditubuhkan bagi meneruskan semangat dan usaha yang telah dibina oleh­nya bagi manfaat manusia sejagat. Kerusi ini ditaja dan dibiayai bersama oleh kerajaan Malaysia dan beberapa buah firma Amerika yang beroperasi di Malaysia. Uni­versity of Ohio pula memberi keperluan asas yang lain bagi membiayai seorang sarjana Malaysia untuk bertugas di universiti tersebut.

BAHASAAnugerah/Hadiah
SHAFII, AL-

Shafii, al- (150204 H./767820 M.), pengasas

mazhab Syafii. Nama penuhnya ialah Muhammad

ibn Idris ibn al-Abbas ibn Uthman ibn Shafii al-

Quraisy ibn Abd al-Muttalib ibn Abd al-Manaf. Dia

juga dikenali juga sebagai Imam Syafii. Dia

dinisbahkan kepada Shafii hingga dikenali sebagai

al-Shafii. Ada juga yang menasabkannya kepada

Abd al-Muttalibiy dan dikenali sebagai al-Muttalibiy.

Terdapat pula pendapat yang menasabkan al-Shafii

kepada Makkah, tanah kelahiran bapa, datuk dan

neneknya lalu dikenali sebagai al-Makkiy. Namun,

gelaran yang pertama, al-Shafii lebih terkenal. Al-

Shafii lahir di bandar Gaza di Palestin. Bapanya, Idris

berpindah ke sana meninggalkan Makkah semata-

mata untuk melihatnya. Namun bapanya meninggal

dunia semasa ibunya sedang hamil. Selepas ibunya

melahirkannya dan menetap selama dua tahun di

Gaza, mereka berpindah ke Makkah. Di Makkah, al-

Shafii menghafal al-Quran semasa berusia tujuh

tahun dan menghafaz kitab al-Muwatta ketika

berusia 10 tahun. Dia sering bergaul dengan kabilah

Huzayl, iaitu antara kabilah Arab yang terbaik dari

segi kefasihan bahasanya dan dia banyak mendapat

manfaat daripada pergaulan ini dengan menghafal

syair-syair serta perumpamaan Arab daripada

mereka. Al-Shafii mempelajari fiqh Maliki daripada

Imam Malik sendiri. Di samping itu, dia turut

berguru dengan Sheikh Masjidilharam yang juga

muftinya, iaitu Muslim ibn Khalid al-Zanjiy yang

meninggal dunia pada tahun 180 H. dan Sufyan ibn

Uyaynah al-Hilaliy yang meninggal dunia pada tahun

198 H. serta beberapa tokoh ulama lain. Kemudian

dia berhijrah ke Yaman kerana menerima satu

jawatan yang ditawarkan oleh Masab ibn Abdullah

al-Quraisy, kadi Yaman. Seterusnya dia berhijrah

pula ke Iraq pada tahun 184 H. Dia belajar daripada

ulama di Iraq dan ulama Hijaz pula mengambil ilmu

daripadanya.

UMUM
1
Tesaurus
 
manfaat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan faedah, kebaikan, fadilat, kemaslahatan, keistimewaan, guna, kegunaan, laba, untung, keuntungan, khasiat, hikmat, rahmat;,
Kata Terbitan : bermanfaat, memanfaatkan,