Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
ejaan yang betul untuk manfaat? manfaat atau manafaatEjaan yang betul ialah manfaat.Ejaan30.11.2021
1. Mendatangkan banyak manfaat ATAU banyak mendatangkan manfaat. Mana satu betul,dan apakah rasionalnya? 2. Cara penggunaan 'Sehubungan dengan itu'

Kedua-duanya bagi frasa mendatangkan banyak manfaat dan banyak mendatangkan manfaat adalah betul dan boleh digunakan.

Penanda wacana sehubungan dengan itu... biasanya digunakan pada bahagian perenggan isi yang mempunyai kesinambungan dengan ayat yang dinyatakan sebelum ini. Berfungsi sebagai kesatuan dan perpautan yang lengkap bagi menyampaikan  sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis mahupun berucap.

Tatabahasa30.05.2021
..mempunyai manfaat kepada pengguna /..memberikan manfaat kepada pengguna. Soalan : Adakah kedua-dua ayat tersebut gramatis?Ayat yang gramatis ialah "... memberikan manfaat kepada pengguna".Tatabahasa29.05.2011
Apakah manfaat belajar penutur asing dan cendekia Bahasa Adakah DBP ada memberi kursus Penulisan Karangan dan kursus Tatabahasa kepada merekaSalam sejahtera, Manfaat Kursus Akademi DBP Manfaat kepada pelajar penutur asing Pelajar didedahkan dengan empat kemahiran asas, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Pelajar didedahkan dengan perkataan asas mengikut topik yang dipelajari. Pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam bentuk latihan yang diberikan. Manfaat kursus cendekia bahasa. Kursus Cendekia bertujuan untuk memberikan pengetahuan tentang aspek tatabahasa bahasa Melayu seperti pembentukan kata dan ayat. Tiada topik yang khusus untuk penulisan karangan. Pada akhir kursus, peserta akan dapat: * Mengenali dan memahami jenis tanda baca dan penggunaannya yang betul. * Mengenali bentuk kata dan golongan kata. * Mengenali bentuk dan jenis ayat. * Mengenal pasti kesalahan tatabahasa yang terdapat pada dokumen rasmi. * Menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam urusan rasmi sama ada lisan mahupun penulisan. Sekian, terima kasih.Lain-lain29.06.2021
Soaln: Keliru dengan manfaat dan kemanfaatan? Boleh terangkan bezanya? Aktiviti kokurikulum membawa banyak (kemanfaatan atau manfaat) ? Terima kasih.

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, 'manfaat' bermaksud guna, faedah, untung dan laba. Manakala 'kemanfaatan" juga membawa maksud yang sama. Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat tersebut.

Lain-lain23.01.2011
Tuan, frasa manakah di bawah adalah gramatis? 1. ...banyak memberikan manfaat kepada kita ATAU 2. ... memberikan banyak manfaat kepada kita. Terima kasih.Nombor 2 lebih tepat iaitu .... memberikan banyak manfaat kepada kita.Tatabahasa07.03.2019
Mohon penjelasan tuan, manakah yang tepat tentang penggunaan ialah dapat atau adalah dapat contoh: 1) Manfaat seterusnya IALAH DAPAT memupuk semangat kerjaasama. 2) Manfaat seterusnya ADALAH DAPAT memupuk semangat kerjaasama.Ayat yang gramatis ialah "Manfaat seterusnya dapat memupuk semangat kerjasama." Penggunaan kata pemeri ialah dan adalah tidak perlu.Tatabahasa16.05.2017
Adakah perkataan-perkataan kelebihan, manfaat, kebaikan, keburukan membawa maksud jamak? Perlukah perkataan-perkataan ini digandakan untuk memberi maksud jamak?Walaupun perkataan-perkataan kelebihan, manfaat, kebaikan, dan keburukan tidak digandakan, perkataan-perkataan ini sudah membawa maksud jamak.Tatabahasa12.05.2011
adakah betul penggunaan kata sendi dari yang berikut selain dari negara pertubuhan, mendapat manfaat daripada aktiviti mesyuarat intensifPenggunaan yang betul ialah 'Selain negara pertubuhan mendapat manfaat daripada aktiviti mesyuarat intensif'.Tatabahasa18.08.2009
Saya TAN, praktikal INTAN Wilayah Tengah. Saya ingin tahu dalam bahasa malayu adakah perkataan "manafaat" yang bermaksud manfaat. Dalam kamus dewan, tiada perkataan ini. Tetapi, perkataan ini telah digunakan secara luas di kalangan rakyat kami.Ejaan yang betul bagi kata tersebut ialah 'manfaat' bukan 'manafaat'. Mungkin penggunaan kata 'manafaat' begitu meluas secara lisan tetapi ia tetap merujuk kepada kata 'manfaat'.
Makna04.06.2009
Tesaurus
 
manfaat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan faedah, kebaikan, fadilat, kemaslahatan, keistimewaan, guna, kegunaan, laba, untung, keuntungan, khasiat, hikmat, rahmat;,
Kata Terbitan : bermanfaat, memanfaatkan,