Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Terbuang baju dipakai lapuk, Lapuk dipakai koyaknya cepat; Terbuang Melayu perangai buruk, Buruk perangai merosak umat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Rosak tiang kerana lapuk, Lapuk kerana dimakan dengat; Rosak orang kerana mabuk, Mabuk dunia gilakan pangkat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Berguna jerat sebelum lapuk, Bila lapuk mudahlah putus; Berguna adat sebelum beramuk, Bila beramuk tuahnya hapus.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalaulah lapuk jala dan pukat, Banyaklah siput di tepi pantai; Kalaulah duduk pemangku adat, Banyaklah kusut jadi selesai.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kerana kayu lapuk berlubang, Banyaklah ulat dan anai-anai; Kerana penghulu mabuk kepayang, Banyaklah helat tidak selesai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apabila lantai sudah lapuk, Di mana lagi tempat bersila; Apabila perangai sudah teruk, Ke mana pergi mendapat bala.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Walaupun perahu mulai lapuk, Kerana berguna dijaga orang; Walaupun menantu bagaikan beruk, Kerana kaya mentuanya sayang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Elok menebang batang lapuk, Tangkai digoyang patah; Elok memandang orang nak capuk, Capuknya bagai intan ditatah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sekali pancang berdiri, Sampai lapuk tidakkan patah; Sekali abang berjanji, Sampai bongkok takkan berubah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apabila atap sudah bocor, Lantai lapuk kelambu basah; Apabila bercakap suka takbur, Perangai buruk malu bersimbah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tesaurus
 
lapuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan buruk: reput, bercendawan,

2. Bersinonim dengan usang: tua, antik, lama.,


Peribahasa
487

Promises and piecrusts are made to be broken

Jangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiri

Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir

She promised not to mention the incident again, but promises and piecrusts are made to be broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée.

Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...