Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya ingin bertanya tentang penggunaan ayat-ayat berikut. 'Daripada kita, untuk kita' dan 'Dari kita, untuk kita'. Manakah penggunaan perkataan 'dari' atau 'daripada' yang betul? Terima kasih | Frasa yang betul ialah “Daripada kita, untuk kita”. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Kata sendi nama daripada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber, atau usul perbandingan atau perbezaan. | Tatabahasa | 08.10.2019 |
Bolehkah sesuatu ayat dimulakan dengan perkataan "contohnya" seperti berikut. Kita perlulah menghormati kedua-dua ibu bapa kita. Contohnya kita perlulah menggunakan tutur kata yang sopan ketika berbicara dengan mereka. | Kita perlulah menghormati kedua-dua ibu bapa kita. Contohnya kita perlulah menggunakan tutur kata yang sopan ketika berbicara dengan mereka. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 19.06.2016 |
"yang diterima oleh kita", "yang diterima kita", "yang kita terima" yang manakah betul? | Jawapan yang kita terima betul. Sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 493-494. | Tatabahasa | 30.10.2014 |
Manakah yang betul antara ayat "kita adalah apa yang kita fikirkan" dan "kita ialah apa yang kita fikirkan"? Apakah peraturan sebenar untuk penggunaan 'ialah' dan 'adalah'? Terima kasih. | Kedua-dua ayat ini kurang tepat. Kata pemeri "ialah" hadir di hadapan frasa nama manakala kata pemeri "adalah" pula hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Oleh itu, pihak DBP mencadangkan penggunaan ayat yang lebih tepat contohnya "Diri kita adalah seperti yang difikirkan." | Lain-lain | 16.02.2022 |
Salam sejahtera, Bahasa itu terpelihara keaslianan dan ketulenannya kerana mendapat sokongan daripada kerajaan, bangsawan dan rakyat mereka yang sangat mencintai bahasa mereka. Jadi, siapa yang hendak menjaga keaslian bahasa kita melainkan masyarakat kita sendiri dan keturunan kita dapat menjadi bangga dan kagum dengan hasil nenek moyang mereka. serta pada pendapat saya istilah "ilmu hisab" dan "ilmu kira-kira" lebih bergaya dan menunjukkan keaslian bahasa Melayu. Siapa lagi hendak menggunakan istilah-istilah lama itu melainkan bahasa kita sendiri. Walaupun istilah-istilah itu lapuk sekurang-kurangnya keaslian bahasa kita dapat dikekalkan dan dijaga dengan baik melalui penggunaan istilah-istilah lapuk itu seseorang dapat mengenal bangsa dan budaya kita. Kita perlu ingat ean sedar bahawa bahasa Inggeris dan eropah adalah bahasa penjajah. Perlukah kita membesarkan bahasa mereka dengan meminjam istilah dan kosa kata mereka? itu tidak perlu, kerana bahasa kita kaya dengan istilah dan kosa kata. Kita boleh menciptakan istilah kita sendiri dan tidak perlu berhutang dengan meminjam istilah dan kosa kata bahasa lain. Ada baik jikalau kita dan masyarakat kita mengamalkan sikap yang sama seperti sikap pejuang bahasa Cina dan Thai. Bahasa-bahasa itu terpelihara keaslianannya kerana mendapat sokongan daripada kerajaan, bangsawan dan rakyat mereka yang sangat mencintai bahasa mereka. | Kami ambil maklum pandangan tuan. Kami juga bersetuju iltizam politik juga amat diharapkan dalam memberi makna kepada kesungguhan kita memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia. Bahasa Melayu yang telah diangkat dalam perlembagaan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan sewajarnya mendapat tempat tersendiri dalam kalangan rakyat. | Lain-lain | 15.11.2015 |
Tuan, yang manakah betul antara "jelas pada kita" dengan "jelas kepada kita"? Bukankah untuk manusia, sendi nama "kepada" digunakan? Contoh ayat: (1) Dengan memecahkan persoalan-persoalan tersebut, barulah akan jelas pada kita pentingnya bahasa dalam kehidupan manusia. "Kita" manusia, jadi patutlah dikatakan "jelas kepada kita", tetapi saya tidak berasaskan pernyataan "kita" manusia sahaja kerana ada kaedah pembedaan guna lain antara sendi nama "pada" dengan "kepada". "Pada" menunjukkan tempat sandaran, "kepada" menunjukkan tempat tujuan, jadi untuk sendi nama "kepada", gerak sesuatu barang kepada sesuatu penerima pasti wujud, seperti dalam ayat: (2) Ayah menghadiahkan seutas rantai kepada ibu - "rantai" bergerak daripada "ayah" menuju "ibu", maka "ibulah" tempat tujuan dan patut didahului sendi nama "kepada". (3) Kertas itu tertampal pada papan pernyataan - "papan pernyataan" tempat bersandar "kertas itu". Berdasarkan ayat (1), "kejelasan" kepentingan bahasa dalam kehidupan itu timbul pada kita, bersandar pada kita, maka sendi nama yang tepat "pada", kan? Jadi, rangkai kata yang betul "jelas pada kita" bukan "jelas kepada kita". Betulkah pandangan saya? | Selamat petang: Terima kasih atas huraian yang diberikan. Sila rujuk maklumat lanjut dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207. Sekian. | Tokoh | 10.12.2016 |
Salam sejahtera, 1. Kita harus meminta maaf daripada / dengan ibu bapa sekiranya kita bercakap kasar.(kita harus guna daripada atau dengan dalam ayat di atas?) 2. Sebagai anak yang menyayangi ibu bapa, kita harus menghormati mereka setiap masa/ pada setiap masa. (boleh tambah pada sebelum setiap masa?) 3. Ibu bapa mendidik kita sejak dari kecil / sejak kecil.( sejak kecil / sejak dari kecil). Terima kasih. | Ayat yang tepat: 1. Kita harus meminta maaf daripada/dengan ibu bapa sekiranya kita bercakap kasar.(kedua-dua perkataan boleh digunakan) 2. Sebagai anak yang menyayangi ibu bapa, kita harus menghormati mereka setiap masa/ pada setiap masa. 3. Ibu bapa mendidik kita sejak sejak kecil. | Tatabahasa | 17.07.2018 |
Dengan berbuat demikian, kita lebih bersedia untuk menghadapi cabaran kehidupan yang diberikan oleh sekeliling orang manakala wahana Internet boleh menuntut ilmu pengetahuan kita tatkala kita melihat sesuatu perkara berita hantar gambar.Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini wahana Internet memainkan peranan yang vital makin membarah kita sukar mengawal diri untuk menepati masa tutup telefon yang sebaik-baiknya. Hal ini berpunca daripada maklumat yang tidak sihat telah diberi tumpuan oleh masyarakat dalam wahana Internet.Sehubungan dengan itu, kita tidak boleh mempengaruhi pemikiran yang sihat daripada orang lain.Setiap individu perlu menggalas tanggungjawab melaksanakan peranan masing-masing. Apakah kesalahan tatabahasa dan kesalahan istilah dalam ayat semua di atasBolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasih | Cadangan jawapan yang sesuai berdasarkan teks yang diberikan ialah seperti berikut: Dengan berbuat demikian, kita lebih bersedia untuk menghadapi cabaran kehidupan yang mendatang melalui wahana Internet. Melalui Internet, kita dapat memperoleh ilmu pengetahuan sama ada melalui medium berita atau gambar. Dalam dunia yang membangun seiring dengan kemajuan sains dan teknologi, wahana Internet memainkan peranan yang penting kerana semakin sukar untuk kita mengawal diri daripada penggunaan telefon yang betul. Hal ini berpunca daripada maklumat yang tidak sihat yang telah disalurkan oleh warga siber dalam Internet. Oleh itu, setiap individu perlu menggalas tanggungjawab dan melaksanakan peranan masing-masing.
| Tatabahasa | 28.01.2021 |
"Kita mesti mengambil makanan yang berkhasiat. Dengan itu, badan kita akan bertambah sihat." "Kita mesti mengambil makanan yang berkhasiat. Sehubungan dengan itu, badan kita akan bertambah sihat." Yang manakah betul? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Kita mesti mengambil makanan yang berkhasiat supaya badan menjadi sihat." Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 17.05.2023 |
Salam, Pihak kami dalam proses untuk menerbitkan video pendek bagi kempen hak pengguna. Didalam senikata lagu kempen ini berbunyi demikian. "Kita harus tahu hak kita" Dalam ertikata sebenar hak kita ini merujuk kepada 8 hak yang berbeza. Soalan saya adalah adakah mencukupi jika didalam senikata ini kami hanya gunakan hak kita berbanding hak-hak kita untuk merujuk kepada 8 hak dalam ertikata sebenar. | Jawapan yang betul ialah "Kita harus tahu hak kita" sudah mencukupi. | Makna | 01.03.2022 |
|
Tesaurus |
---|
| kita (kata nama) | Bersinonim dengan kami, saya, aku, kawan, eden, ese, beta, cek, teman, hamba;, | | Kata Terbitan : kekitaan, |
|
Puisi |
---|
|
Jangan naik kereta kuda, Marilah kita berjalan kaki; Jangan kita main cinta, Nanti kita makan hati.
Lihat selanjutnya... |
|