Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Khidmat Nasihat ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
TETANI

Tetani ialah suatu keadaan yang dikaitkan

dengan sifat terlampau teruja dan aktiviti spontan

sistem saraf. Keadaan ini dicirikan oleh

kekejangan otot secara berkala dan sedikit

perasaan gelabah dan gentar. Bahagian badan

yang terjejas mungkin akan berasa kebas dan

berdenyut-denyut. Biasanya tangan yang terjejas

dahulu, tetapi selepas itu kekejangan otot

barangkali merebak ke muka, badan dan

kerongkong. Kekejangan otot ini hanya terasa

sakit apabila sudah teruk. Tetani berpunca

daripada kekurangan bahan garam kalsium atau

ketakseimbangan bahan kimia di dalam badan.

UMUM
NARKOTIK

Narkotik adalah bahan yang memberi kesan

tekanan yang kuat kepada sistem saraf manusia.

Bahan narkotik menyebabkan pengambilnya tidak

merasai kesakitan, hampir pengsan, tertidur atau

koma, berdasarkan jumlah yang diambil. Perkataan

Narkotik berasal daripada perkataan Yunani yang

bermaksud untuk menjadi kebas.

UMUM
SOTONG KURITA BERJALUR BIRU

Sotong kurita berjalur biru biasanya

terdapat di sepanjang pantai selatan Australia.

Ia boleh dikenali dengan warnanya yang berjalur

biru. Diameternya kira-kira empat sentimeter hingga

enam sentimeter. Ia mempunyai muncung bak paruh

burung nuri dan kadangkala ia menggigit manusia.

Bisa daripada kelenjar liurnya kemudian masuk ke

dalam luka. Beberapa orang telah mati kerana

digigit oleh sotong kurita ini. Gigitannya biasanya

tidak menyakitkan. Tompok kecil darah pada kulit

apabila sotong kurita ini disingkirkan adalah satusatunya

tanda bahawa mangsa telah digigit. Kesan

bisa yang pertama ialah rasa kebas. Mangsa

biasanya berhenti bernafas, memerlukan resusitasi

(pernafasan) mulut-ke-mulut sehingga dua atau tiga

jam. Rawatannya sama seperti rawatan untuk

gigitan ular. Tiada antivenen tertentu bagi gigitan

oleh sotong.

UMUM
1
Tesaurus
 
kebas (adjektif)
Bersinonim dengan semut-semut, kesemut-semutan, kesemutan, menggelenyar, kemamam, kaku, pegal, sengal, lumpuh.,