Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Orang beradat hatinya belas, Kasihan kepada fakir dan miskin; Membuang adat pekerti buas, Dengan saudara lenjin-melenjin.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Anak Damak dalam hutan, Hendak menyumpit di tengah hari; Alangkah sedih serta kasihan, Sedangkan bertunang haram tak jadi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ulam raja namanya sayur, Rasanya sedap bukan kepalang; Dalam jaga serasa tidur, Kerana mengharap kasihan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Beli tin ke Kota Batu, Kelapa muda tidak berminyak; Sudah miskin dagang piatu, Minta kasihan orang banyak.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Elok tombak kerana disepuh, Disepuh dengan baja pilihan; Elok anak kerana diasuh, Diasuh dengan belas kasihan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Cendawan tumbuh di atas awan, Tumbuh sekali di atas bilah; Cuba-cubalah bagai cendawan, Untung selamat kasihan Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sayang Nek Siti zaman Nek Siti, Nek Siti berjalan terhayun-hayun; Abang berbudi saya berbudi, Kerana budi terasa kasihan.Kurik Kundi Merah SagaBudi
1
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Puisi
 

Beli tin ke Kota Batu,
     Kelapa muda tidak berminyak;
Sudah miskin dagang piatu,
     Minta kasihan orang banyak.



Lihat selanjutnya...