Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kasihan gajah berusung.

Takrif

Kasihan yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menangiskan gajah berusung).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menangiskan gajah berusung.

Takrif

Kasihan yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kasihan gajah berusung).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kasihkan raja di atas usungan.

Takrif

Kasihan yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kasihan gajah berusung, b. Menangiskan gajah berusung).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertukar jiwa dengan semangat.

Takrif

Sedang berkasih-kasihan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kasihkan padi buangkan rumput-rumput.

Takrif

Jika kasihan anak isteri, hendaklah berhenti daripada mengasihi perempuan lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah merasa maka (= baru) santun.

Takrif

Baru ada belas kasihan sesudah menderita kesusahan. santun = baik budi bahasa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagai aur dengan tebing.

Takrif

Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Bandingkan dengan: Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur). (Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau dengan bubungan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sepantun kasau dengan bubungan.

Takrif

Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai aur dengan tebing).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bersarak serasa hilang, bercerai serasa mati.

Takrif

Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati). sarak = pisah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati.

Takrif

Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Puisi
 

Beli tin ke Kota Batu,
     Kelapa muda tidak berminyak;
Sudah miskin dagang piatu,
     Minta kasihan orang banyak.



Lihat selanjutnya...