Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Katan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menarik pangkur ke dada.

Takrif

Insaf akan diri sendiri. pangkur = pacul.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Udang hendak mengatai ikan.

Takrif

Tak insaf akan kekurangan diri sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lading tak tahu akan majalnya.

Takrif

Tidak insaf akan keadaan dirinya. majal = tumpul, tidak tajam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Udang tak tahu di bongkoknya.

Takrif

Tak insaf akan kekurangan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Udang hendak mengatai ikan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidak tahu dikeluani orang.

Takrif

Orang yang tidak insaf dirinya telah diperbodohi orang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak.

Takrif

Hendaklah insaf bahawa sekalian yang hidup itu akan mati juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
insaf (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tahu, faham, mengerti, tahu diri, tahu diuntung, berasa kesal, berasa sesal;,
Kata Terbitan : menginsafi, menginsafkan, keinsafan,