Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
electron gunStruktur elektrod yang menghasilkan alur elektron di samping mampu mengawal, memfokus dan memesongkan alur tersebut seperti pada tiub televisyen dan monitor yang menggunakan teknologi tiub sinar katod. Senapang elektron terdiri daripada dua bahagian, iaitu katod panas yang menghasilkan alur elektron dan elektrod yang menghasilkan medan elektrik untuk memecut elektron tersebut ke anod. Senapang elektron digunakan untuk pemendapan filem tipis dan juga dalam litografi alur elektron.
nanocomputerKomputer dengan litar bersaiz nano yang berasaskan sistem elektronik, biokimia atau kuantum. Nanokomputer berupaya memproses data dengan lebih laju, di samping memiliki ingatan yang lebih besar berbanding mikrokomputer.
self-replicatingProses apabila suatu bahan dapat membuat salinan dirinya sendiri. Sel biologi dalam keadaan tertentu dihasilkan semula melalui pembahagian sel. Semasa pembahagian sel, DNA akan menyalin dirinya sendiri dan seterusnya membiak. Nanoteknologi akan menghasilkan peranti yang dapat menyalin dirinya sendiri melalui penyusunan molekul bahan, di samping dapat mengurangkan kos pengeluaran. Contohnya, molekul DNA.
assemblerMesin yang masih pada peringkat rekaan yang dapat menyusun individu atom atau molekul bagi menghasilkan suatu peranti nano. Contohnya, penghimpun swareplikasi yang dapat diprogramkan untuk menyalin dirinya sendiri apabila dibekalkan bahan mentah dan tenaga. Alat ini penting dalam bidang perubatan dan bioteknologi seperti dalam kejuruteraan genetik, di samping berpotensi dalam bidang elektronik yang lain.
self-cleaning windowKeadaan tingkap kaca yang disaluti filem tipis nanozarah titanium dioksida yang tidak memerlukan bahan pencuci untuk membersihkannya. Salutan zarah titanium dioksida mempunyai dua sifat. Pertama, zarah ini menyerap sinaran ultralembayung daripada cahaya matahari yang memberi kesan fotomangkinan untuk memecahkan kotoran bahan organik. Kedua, salutan tersebut menjadikan permukaan kaca bersifat hidrofilik. Titisan curahan air yang jatuh ke atas permukaan tersebut akan bergabung sambil menarik kotoran jatuh ke bawah. Tingkap seperti ini menjimatkan kos pencucian tingkap bangunan tinggi, di samping mengurangkan pencemaran alam sekitar akibat penggunaan bahan pencuci.
1
Tesaurus
 
samping (kata tugas)
Bersinonim dengan sebelah, sisi, rusuk, tepi, birai, dekat, pinggir, lambungan;,
Kata Terbitan : di samping, ke samping, mengesampingkan, bersampingan, menyamping, menyampingi, menyampingkan, tersamping, sampingan,