Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; ujian ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SINAR KOSMIK

Sinar kosmik ialah zarah bertenaga tinggi

yang berasal dari angkasa lepas. Ahli sains

berpendapat sinar ini memenuhi Bima Sakti dan

juga galaksi lain. Sinar kosmik terdiri daripada

zarah subatom yang membawa satu cas elektrik,

seperti proton, elektron, dan nukleus atom.

Di angkasa lepas, sinar ini bergerak pada

kelajuan yang hampir sama dengan kelajuan

cahaya, iaitu 299 792 kilometer per saat.

UMUM
NILSSON, BIRGIT

Nilsson, Birgit (1918 ), penyanyi soprano

Sweden yang terkenal. Dia terkenal kerana suaranya

yang bertenaga dan jelas. Pengkritik menganggap

Nilsson sebagai salah seorang penyanyi terbaik yang

berperanan sebagai watak utama dalam opera

Richard Wagner. Persembahannya sebagai pelakon

wanita utama dalam opera Wagner, Isolde dan

Brünnhilde menjadi ukuran pada masa itu.

UMUM
SERVICE, ROBERT WILLIAM

Service, Robert William (18741958) ialah

penyair Kanada yang mengarang balada yang

bertenaga tentang kehidupan di perbatasan di

Wilayah Yukon. Tulisannya ini membolehkan

Service dikenali sebagai Kipling Kanada. Banyak

baladanya juga memerikan keindahan Yukon.

UMUM
TARANTELLA

Tarantella ialah tarian rakyat yang popular,

berasal dari selatan Itali. Tarantella ialah tarian yang

rancak dan bertenaga yang dipersembahkan

dengan kepantasan enam per lapan kali masa

sebenar. Tarian ini biasanya ditarikan secara

berpasangan dan sering diiringi muzik yang

menggunakan alat kastanet dan tamburin.

UMUM
MUSSORGSKY, MODEST

Mussorgsky, Modest (18391881) ialah salah

seorang komposer Rusia yang ulung dalam

sejarah. Opera yang bertenaga Boris Godunov

(1874) merupakan gubahan yang paling baik. Opera

ini berasaskan kehidupan tsar, mencerminkan

tarikan minat kepada tema tentang Rusia yang

dalam hampir kesemua muzik Mussorgsky.

UMUM
SHUARD, AMY

Shuard, Amy (19241975), salah seorang soprano drama Inggeris

yang terbaik. Lakonannya yang penuh penghayatan dan gabungan suaranya

yang bertenaga dan lincah menjadikannya terkenal

sebagai bintang opera. Kekuatan dramatiknya

dapat dilihat dalam persembahannya yang terbaik

dalam Turandot oleh Puccini. Dia tampil sebagai

penyanyi utama dalam opera ini di Royal Opera

House, Covent Garden pada tahun 1958. Amy

Shuard lahir di London dan belajar muzik di Trinity

College of Music.

UMUM
SILLS, BEVERLY

Sills, Beverly (1929 ), penyanyi wanita Amerika

dan salah seorang soprano opera yang terkemuka

pada pertengahan tahun 1900-an. Dia terkenal kerana

suaranya lantang, bertenaga dan beralun-alun.

UMUM
SPRINGSTEEN, BRUCE

Springsteen, Bruce (1949 ) ialah penyanyi,

penulis lagu, dan pemain gitar Amerika yang

popular. Peminatnya selalu menggelarnya The Boss.

Muzik Springsteen mencerminkan gaya ritma yang

bertenaga serta blues dan rock n roll yang popular

pada tahun 1950-an. Dia mengubah sendiri hampir

kesemua lagu yang dipersembahkannya.

UMUM
SERKIN, RUDOLF

Serkin, Rudolf (19031991) ialah pemain piano

konsert yang popular. Dia terkenal dengan

persembahan muzik Austria dan Jerman tahun

1700-an dan tahun 1800-an yang bertenaga, peka,

dan jelas. Dia terkenal kerana permainan solo dan

juga persembahan muzik kamarnya.

UMUM
NUREYEV, RUDOLF

Nureyev, Rudolf (19381993) ialah salah

seorang penari balet teragung pada tahun 1900-

an. Dia menjadi masyhur kerana personaliti

persembahannya yang menarik dan teknik tarian

yang bertenaga dan penuh perasaan. Nureyev

menari lebih daripada 100 peranan. Pada tahun

1962, dia mula menari berpasangan dengan

balerina Inggeris yang masyhur, iaitu Dame

Margot Fonteyn. Mereka mengadakan

persembahan bersama-sama dalam balet seperti

Giselle, Swan Lake, dan Les Sylphides . Sebagai

koreografer (penggubah tarian), Nureyev

mencipta versi baru beberapa balet, termasuk

Don Quixote, The Nutcracker, dan Raymonda.

UMUM
Tesaurus
 
tenaga (kata nama)
Bersinonim dengan kekuatan, daya, reng, keupayaan, kemampuan, kebolehan, kekuasaan, kesanggupan, kesediaan, kudrat;,
Kata Terbitan : bertenaga,