Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bagaimana kalau tak ikat, Kait dengan duri-durinya; Bagaimana aku tak ingat, Orang baik hati budinya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Baik-baik menjemur padi, Jangan dimakan burung belatuk; Baik-baik mencari ganti, Biar hati lebih elok.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Baik-baik menjemur padi, Jangan dimakan burung belatuk, Baik-baik mencari ganti, Biar hati lebih elok.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Baik beralas baik tidak, Kain pelikat di atas peti; Baik balas baik tidak, Sudah ikhlas dalam hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Baik-baik jaga pedoman, Kapal belayar puting anak; Sudah kembang bunga di taman, Suka hati kumbang yang banyak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kait-kait ara muda, Timun mikai dalam padi; Baik-baik bermain muda, Jangan menyesal dalam hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau tuan pergi ke Daik, Belikan saya sebilah parang; Kalau tuan hati yang baik, Semua orang suka berkawan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Makan sirih cabik-cabik, Makan secabik layang ke laman; Jangan dipilih rupa tak baik, Sahaja hati tidak berkenan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Burung pucung terbang melintang, Hinggap mari Gunung Daik; Putih kuning sanggul melintang, Itulah tanda hati tak baik.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang hulu pulang ke hulu, Sampai ke hulu menyangkul busut; Bila terkenang zaman dahulu, Hati yang baik menjadi kusut.
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Baik-baik menjemur padi,
     Jangan dimakan burung belatuk;
Baik-baik mencari ganti,
     Biar hati lebih elok.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
332

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Padang perahu di lautan, padang hati di fikiran

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi padang perahu di lautan, padang hati di fikiran . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...