Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Naik bukan sebarang naik, Naik haji ke tanah suci; Baik bukan sebarang baik, Baik hati semua memuji.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Orang Daik pergi belayar, Bekas habis tiada takut; Orang baik hati penyabar, Muka manis bicara lembut.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Orang Daik pergi ke ladang, Menanam padi sehingga senja; Orang baik hati penyayang, Menanam budi tiada berkira.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bagaimana kalau tak ikat, Kait dengan duri-durinya; Bagaimana aku tak ingat, Orang baik hati budinya.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Biarlah orang merendang angsa, Kita merendang itik serati; Biarlah orang memandang bangsa, Kita memandang nan baik hati.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Baik-baik menjemur padi, Jangan dimakan burung belatuk; Baik-baik mencari ganti, Biar hati lebih elok.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Baik-baik menjemur padi, Jangan dimakan burung belatuk, Baik-baik mencari ganti, Biar hati lebih elok.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Baik-baik memanggang ikan, Salah-salah menjadi arang; Baik-baik abang berjalan, Salah langkah hati bercabang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Baik-baik berjaja ikan, Ikan lepas kita merugi; Baik-baik menjaga iman, Iman lepas binasa hati.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Baik beralas baik tidak, Kain pelikat di atas peti; Baik balas baik tidak, Sudah ikhlas dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Baik-baik menjemur padi,
     Jangan dimakan burung belatuk;
Baik-baik mencari ganti,
     Biar hati lebih elok.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
332

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Padang perahu di lautan, padang hati di fikiran

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi padang perahu di lautan, padang hati di fikiran . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...