Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Kerajaan Malaysia ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Maksud 'Sejahtera'Mengikut kamus Dewan Edisi Keempat kata 'sejahtera' bermaksud aman dan makmur,senang dan tenteram, terpelihara daripada bencana(kesusahan, gangguan,dll.)Makna17.01.2008
1." Saya berasal daripada keluarga yang aman" dan " Ali sekeluarga berasal daripada keluarga yang aman" Minta Tuan beri pendapat sekiranya terdapat kesilapan pada ayat di atas. 2."mi laksa" adakah perkataan ini boleh digunakan bersama?

1. Kedua-dua ayat tersebut adalah kurang tepat daripada aspek pemilihan katanya. Kata 'aman' bermaksud tenteram dan sentosa lazimnya digunakan dalam konteks negara, seperti dalam ayat 'Malaysia merupakan negara kecil tetapi aman dan makmur; dan tidak digunakan dalam konteks keluarga. Begitu juga dengan penggunaan kata 'berasal' dalam ayat tersebut, lazimnya merujuk asal usul keluarga daripada golongan miskin, kaya, atau keturunan mulia, hina dan sebagainya.

2. Mi dan laksa adalah sejenis makanan yang berbeza antara kedua-duanya. Penggunaannya berdasarkan jenis masakan yang disediakan sama ada mi atau laksa.

Tatabahasa09.03.2011
ASLAMMUALAIKUM SAYA NAREEMAH BELAJAR BAHASA SAYA INGIN BERTANYA TENTANG BAHASA APAKAH MAKNA SEJAHTERAMenurut data kami, perkataan "sejahtera" bermaksud bebas daripada segala macam kesusahan dan lain-lain; aman sentosa dan makmur; selamat: Semoga kita semua dpt hidup ~ sepanjang masa. Untuk maklumat lanjut sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sejahteraMakna04.11.2015
Selamat pagi, saya ingin mengajukan soalan kepada ahli DBP yang sangat dihormati. kenapa para bijak pandai, pejuang, dan golongan pakar bahasa Melayu tidak menggunakan saja istilah "sejahtera" untuk "kata sapaan" dalam bahasa Melayu yang memberi maksud "helo","hai","hei","halo","selamat datang","salam","assalamualaikum" dan "selamat tinggal" selain memberi maksud "selamat","aman","damai","sentosa","makmur"dan "sihat". Sepertimana yang dilakukan oleh pencinta Bahasa Ibunda yang lain di Asia, seperti Negara yang tak pernah dijajah iaitu negara Thailand, "helo" dan "hai" dalam bahasa Thai ialah "" yang juga membawa maksud "selamat","kebagusan", "kesejahteraan","sejahtera","keselamatan","aman","keamanan","makmur","kemakmuran","sifat baik","kemajuan","maju" dan sebagainya.

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang dinamik yang menawarkan pelbagai kata ucap selamat mengikut konteks penggunaannya; iaitu sama ada rasmi atau tidak rasmi.

Ucap selamat untuk situasi rasmi, salam sejahtera memang digunakan secara meluas.

Istilah22.08.2014
Ayat yang diberikan oleh orang lain.Apakah cara membetulkan kesalahan bahasa.Bolehkah saya tahu akan kesalahan bahasa dalam ayat yang di bawah? Selanjutnya,kita tidak boleh menyusahkan orang lain apabila kita mengalami sesuatu kejadian dalam kehidupan seharian.Impaknya,hubungan jiran tetangga akan menjadi salah satu benteng yang menebal untuk menuju ke arah kebaikan dari segi ekonomi negara.Kita dapat meningkatkan taraf kehidupan diri sendiri yang lebih baik.Melihat kepada senario masyarakat kontemporari,mereka akan memodifikasi perangai yang negatif untuk mewujudkan hidup yang aman dan sejahtera.Maka,tidak dapat disangkal bahawa punca-punca lunturnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat ialah mereka kekurangan saling bekerjasama menjalankan tugasan yang diberikan.Menyoroti skop perbincangan yang seterusnya,negara tidak memainkan peranan yang signifikan untuk memajukan dan mewujudkan kemakmuran di negara kita.Kemakmuran didefinisikan perihal makmur antara negara kita dengan negara lain.Hal ini dikatakan demikian kerana negara kita sering bergantung diri untuk menangani kemelut yang didatangkan dari segi perniagaan.Negara lain dengan negara kita tidak bekerjasama untuk menjalankan perniagaan yang besar untuk membina hubungan kejiranan.Jadilah,tingkah laku dan tindakan kerajaan akan diteladani oleh rakyat jelata dan penduduk-penduduk.Kerajaan hanya menjaga nama dan imej diri sendiri untuk meningkatkan impak yang baik kepada penduduk-penduduk.

Di samping itu, kita tidak boleh menyusahkan orang lain apabila kita mengalami sesuatu kejadian dalam kehidupan seharian. Impaknya, hubungan jiran tetangga akan renggang.

Melihat kepada situasi masyarakat kontemporari, mereka mengubah perangai yang negatif untuk mewujudkan hidup yang aman dan sejahtera.

Maka, tidak dapat disangkal bahawa punca-punca lunturnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat ialah kurangnya kerjasama dalam melaksanakan kehidupan seharian.

 

(Kemakmuran didefinisikan perihal makmur antara negara kita dengan negara lain. Hal ini dikatakan demikian kerana negara kita sering bergantung diri untuk menangani kemelut yang didatangkan dari segi perniagaan. Negara lain dengan negara kita tidak bekerjasama untuk menjalankan perniagaan yang besar untuk membina hubungan kejiranan. Jadilah, tingkah laku dan tindakan kerajaan akan diteladani oleh rakyat jelata dan penduduk-penduduk. Kerajaan hanya menjaga nama dan imej diri sendiri untuk meningkatkan impak yang baik kepada penduduk-penduduk.) - Ayat ini perlu dibaiki dari segi fakta. Mohon betulkan tatabahasa dan makna) 



Mohon puan banyak membaca surat khabar berbahasa Melayu untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu. Puan bolehlah merujuk prpm.dbp.gov.my untuk carian makna. Pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak tatabahasa bagi tugasan karangan.

Harap maklum.  
Tatabahasa08.07.2021
1
Tesaurus
 
makmur (adjektif)
Bersinonim dengan mewah, kaya-raya, kaya, maju, berjaya, berkembang, serba cukup, sejahtera, berhasil, beruntung;,
Kata Terbitan : memakmurkan, kemakmuran,