Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SITOR SITUMORANG | SITOR SITUMORANG (1924- ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 2 Oktober 1924 di Harianboho, Tapanuli, Indonesia. Bapanya ketua adat di daerah Samosir dan pejuang yang menentang Belanda. Sitor mendapat pendidikan sekolah rendah di Batak dan Sekolah Menengah Atas (SMA) di Jakarta. Dia pernah menjadi wartawan akhbar Waspada di Medan (1947), Dosen Akademi Teater Nasional Indonesia (ATNI), Jakarta dan Ketua Lembaga Kebudayaan Nasional (1959-1965). Sitor tergolong sebagai seniman angkatan 45 yang memperjuangkan konsep universal humanisme. | SASTERA | Tokoh |
SORI SIREGAR | SORI SIREGAR (1939- ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 12 November 1939, di Medan, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Seri Sutan Sirovi Siregar. Dia mendapat pendidikan Sekolah Menengah Atas (SMA) pada tahun 1959 dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Pendidikan Pegawai Staf Departemen Penerangan Tingkat Atas di Medan. Sori pernah bertugas sebagai editor Waspada Teruna dan Duta Minggu di Medan, dan majalah Zaman dan Eksekutif di Jakarta. Sori menulis cerpen sejak tahun 1960. Kebanyakan cerpennya tersiar dalam akhbar dan majalah seperti Sastera, Horison, Budaya Jaya, Selecta, Kartini, Femina, Famili, Dewi, Sinar Harapan dan Kompas. Sori juga menyumbang tulisan kepada Dewan Sastera dan Dewan Masyarakat di Malaysia. | SASTERA | Tokoh |
|
|