Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ARISTARCHUS | Aristarchus dari Samos ialah ahli astronomi Yunani yang hidup pada tahun 200-an S.M. Dia adalah orang pertama yang menyatakan bahawa bumi berputar mengelilingi matahari. Bagaimana dia menjustifikasi dakwaan ini tidak diketahui. Tulisannya tentang perkara ini tidak sampai kepada kita, tetapi ideanya disebut oleh Archimedes, ahli matematik Yunani. Dalam karya Aristarchus yang masih wujud, On the Magnitudes and Distances of the Sun and the Moon , dia tidak menyebut apa-apa pun mengenai teori pergerakan bumi. | UMUM | |
TERUSAN PANAMA | Terusan Panama ialah jalan air yang dibina merentas Segenting Panama dan menghubungkan Lautan Atlantik dengan Lautan Pasifik. Terusan ini adalah salah satu kejayaan kejuruteraan yang paling besar di dunia. Setelah siap dibina pada tahun 1914, terusan itu memendekkan perjalanan kapal di antara New York City dengan San Francisco hingga menjadi tidak sampai 8370 kilometer. Sebelumnya, kapal yang membuat perjalanan ini terpaksa belayar mengelilingi Amerika Selatan suatu jarak yang melebihi 20 900 kilometer. | UMUM | |
SURAH AL-RUM | Surah al-Rum ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-30 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 60 ayat. Surah ini bernama al-Rum sebagai satu mukjizat untuk menunjukkan kebenaran berita dalam al-Quran. Firman Allah S.W.T. dalam al-Quran yang bermaksud: Alif, Lam, Mim. Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun .... (Surah al-Rum 30:14) | UMUM | |
PULAU WAKE | Pulau Wake ialah pulau milik Amerika Syarikat di bahagian tengah barat Lautan Pasifik. Pulau ini merupakan persimpangan semula jadi bagi kapal dan kapal terbang yang menyeberangi Lautan Pasifik. Wake ialah sebuah atol segi tiga yang terdiri daripada tiga buah pulau kecil karang, iaitu Wake, Peale dan Wilkes. Pulau-pulau kecil ini meliputi kawasan darat seluas lebih kurang lapan kilometer persegi dan mempunyai penduduk lebih kurang 300 orang. Dengan batu karang yang melengkung, pulau-pulau ini melingkungi sebuah lagun yang tidak sampai 10 kilometer persegi luasnya. Wake terletak 3700 kilometer ke sebelah barat Honolulu dan 3195 kilometer ke sebelah tenggara Tokyo. Pulau ini tidak mempunyai air tawar, dan tumbuh- tumbuhannya kebanyakan terdiri daripada pokok- pokok renek dan belukar. | UMUM | |
TIKAMAN BAHASA | TIKAMAN BAHASA, buku yang disusun oleh Muhammad Adnan bin Muhammad Arifin. Tikaman Bahasa juga dikenal sebagai Kitab Tikaman Bahasa. Menurut penyusunnya, ia mengandungi segala bidalan, perumpamaan Melayu dan perkataan-perkataan pendeta. Buku ini siap disusun dan dikumpul pada bulan Januari 1933. cetakan pertama diterbitkan pada tahun 1934 oleh al-Matbaah al-Hikmah, Kota Bharu, Kelantan. Cetakan kedua diterbitkan pada tahun 1953 oleh penerbit yang sama dengan beberapa tambahan baru sehingga jumlah bidalannya menjadi 2211 dan 200 perkataan terpilih. Dengan ini, himpunan bidalan yang ada dalam buku ini jauh lebih banyak dan lebih tunas daripada Kitab Kiliran Budi yang disusun oleg W.G. Shellabear dan Munsyi Sulaiman Mohd. Nor pada awal abad ke-20 yang jumlahnya tidak sampai 1500 bidalan. Tikaman Bahasa cetakan pertama 363 halaman tidak termasuk halaman pengenalan. Pada tahun 1992, buku ini dicetak semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dalam Siri Koleksi Warisan, menggunakan tulisan Rumi dan mengandungi 259 halaman tidak termasuk halaman pengenalan. | BAHASA | Penerbitan |
RABUN DEKAT | Rabun dekat ialah kecacatan pada penglihatan yang menyebabkan seseorang dapat melihat objek yang jauh dengan jelas, tetapi tidak dapat melihat objek yang dekat dengan jelas. Para doktor memanggil keadaan ini sebagai hiperopia . Dalam kebanyakan kes rabun dekat, mata seseorang itu terlampau pendek dari depan ke belakang. Akibatnya, sinaran cahaya dari suatu objek sampai ke retina terlebih dahulu sebelum sampai ke fokus. | UMUM | |
SILANG, DIEGO | Silang, Diego (1730?1763) ialah patriot Filipina yang menjadi wira di kalangan penduduk provinsi Ilocos di utara Pulau Luzon, Filipina apabila mengetuai pemberontakan pemerintahan Sepanyol pada tahun 1762. Pada tahun yang sama, British menawan Manila daripada Sepanyol. Silang bersekutu dengan British dan mula mengumpul penduduk Ilocos untuk mengisytiharkan kebebasan provinsi Ilocos dari Sepanyol. Komander British melantik Silang sebagai Gabenor Ilocos dan berjanji untuk menghantar senjata kepadanya. Tetapi bantuan British tidak pernah sampai. Silang mempertahankan wilayah itu daripada pihak Sepanyol selama tiga bulan. Pada bulan Mei 1763, dia dibunuh oleh pembunuh upahan Sepanyol. Balu Silang, Gabriela meneruskan pemberontakan. Tenteranya dikalahkan dalam pertempuran yang berlaku berhampiran pekan Vigan. Dia dan 100 orang pengikutnya dihukum gantung. | UMUM | |
PERCEVAL, SPENCER | Perceval, Spencer (17621812) ialah satu- satunya perdana menteri British yang dibunuh semasa memegang jawatan. Pada 11 Mei 1812, ketika sedang memasuki lobi Dewan Rakyat, dia ditembak oleh John Bellingham. Semasa dibicarakan, Bellingham merayu dengan mengatakan bahawa dia tidak siuman ketika membunuh Perceval. Tetapi dia didapati bersalah dan digantung sampai mati pada 18 Mei. Perceval menjadi perdana menteri selama tiga tahun semasa Perang Napoleon. | UMUM | |
MIKADO | Mikado ialah gelaran Maharaja Jepun pada masa silam. Istilah ini digunakan juga oleh orang-orang asing. Istilah ini asalnya ialah perkataan Jepun yang bermaksud pintu yang disanjungi. Penggunaan istilah memperlihatkan sanjungan orang Jepun terhadap pemerintah mereka. Selepas tamadun Cina sampai ke Jepun pada tahun 500-an M., orang Jepun mula menggelar maharaja mereka Tenno, yang bermaksud Maharaja dari Syurga. Maharaja tidak dipanggil dengan namanya sendiri. Maharaja dan pemerintahan mereka pada masa kini dikenali dengan nama yang dipilih khas untuk mereka. Maharaja Hirohito dikenal dengan nama Tenno Showa atau Maharaja Showa. | UMUM | |
ALUR | Alur, laluan air yang mungkin terjadi secara semulajadi atau akibat tindakan manusia. Semasa hujan, air yang sampai ke tanah akan mengalir melalui alur kecil ke tempat yang lebih rendah. Alur kecil ini tidak kekal. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
|
Puisi |
---|
|
Asam kandis asam geligir, Taruh mari di dalam dulang; Mulutnya manis di luar bibir, Manis tidak sampai jua ke tulang.
Lihat selanjutnya... |
|