Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
STOK DAN SAHAM | Stok dan saham merupakan hak pemilikan di dalam syarikat liabiliti terhad. Setiap syarikat mempunyai satu stok yang dibahagi kepada beberapa saham. Saham mungkin dipegang oleh orang perseorangan atau syarikat lain. Pemegang saham melaburkan wang dalam sebuah syarikat dan mendapat sebahagian hak pemilikan syarikat dan berkongsi keuntungannya sebagai pulangan. Istilah stok juga digunakan untuk merujuk kepada perjanjian jangka panjang dalam membuat pinjaman kepada kerajaan atau sesuatu syarikat besar, yang tidak melibatkan hak milik. | UMUM | |
ALGORITMA | Algoritma ialah prosedur langkah demi langkah untuk menyelesaikan masalah matematik dengan bilangan langkah yang terhad. | UMUM | |
NEURALGIA | Neuralgia ialah rasa sakit teruk yang berlaku di bahagian saraf. Punca kesakitan ini tidak diketahui. Kesakitan mungkin terhad pada satu bahagian saraf sahaja, atau boleh merebak ke cabang saraf yang lain. Ia boleh berlaku dengan rasa sakit seperti dicucuk berulang kali di gigi, sinus, mata, muka, lidah, atau kerongkong. | UMUM | |
OEDEMA | Oedema ialah bengkak tisu badan yang disebabkan oleh bendalir terkumpul dalam ruang antara sel. Oedema mungkin setempat iaitu, terhad kepada satu bahagian badan atau ia mungkin menjejaskan tisu di seluruh badan. Oedema setempat biasanya terjadi apabila kandungan kapilari yang cedera bocor dan masuk ke dalam ruang-ruang tisu yang berdekatan. | UMUM | |
ASTRONOMI | Astronomi, ilmu falak atau astronomi adalah ilmu yang mengkaji bintang, planet dan benda- benda lain yang terdapat dalam alam semesta. Ahli- ahli astronomi sentiasa meneropong kedudukan dan pergerakan setiap jirim angkasa lepas. Penumpuan ahli astronomi tidak terhad kepada kegiatan meneropong semata-mata, malah mereka cuba mencari jawapan kepada persoalan seperti Apakah rencaman bintang-bintang? dan Bagaimanakah bintang mendapat cahaya. Oleh sebab itu, sesetengah ahli astronomi ini juga dikenali sebagai astrofizik, iaitu mereka yang mengkaji tindak balas fizik dan kimia yang berlaku di angkasa lepas. | UMUM | |
DUKAMU ABADI | DUKAMU ABADI, kumpulan puisi pertama karya Sapardi Djoko, diterbitkan dengan jumlah yang terhad pada tahun 1969. Penerbitan kumpulan ini ditaja oleh Jeihan, pelukis dari Bandung. | SASTERA | Karya |
RACINE, JEAN | Racine, Jean (16391699) adalah antara penulis drama Perancis yang teragung. Dia menulis pada Zaman Klasikal Perancis dan mematuhi kebiasaan klasikal untuk penggubahan, termasuk penggunaan plot tunggal yang padat. Ciri seninya yang unggul adalah kesederhanaannya. Perbendaharaan kata dalam dramanya adalah terhad dan plot ceritanya tidak banyak aksi. | UMUM | |
INPUT | Input, sumber ekonomi yang terhad yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan keluaran bagi kegunaan manusia. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
METAFIZIK | Metafizik adalah satu cabang dari ilmu falsafah yang berkenaan dengan sesuatu yang berbentuk semula jadi bagi alam nyata. Ia dinamakan juga ilmu di sebalik alam semula jadi. Ia bertujuan mengetengahkan sigat yang tersusun bagi alam ini dan asas-asas (prinsip-prinsip) yang mengaturnya, berbeza dengan ilmu alam semula jadi yang membahaskan zahir (luaran) alam ini dengan perbahasan yang terhad. | UMUM | |
FIRMA | Firma, institusi perniagaan yang menggunakan faktor-faktor pengeluaran yang terhad seperti tanah, buruh, modal dan usahawan. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Institusi/Organisasi |
|
Tesaurus |
---|
| had (kata nama) | Bersinonim dengan batas, takat, sempadan, perenggan, hingga, enggat, senggat;, | | Kata Terbitan : berhad, mengehadkan, terhad, pengehadan, |
|
|