Scheele, Carl Wilhelm (17421786) ialah ahli farmasi dan ahli kimia Sweden yang menemui klorin. Dia juga menyediakan oksigen. Tetapi dia tidak menerbitkan usahanya tepat pada masanya, dan Joseph Priestly, ahli sains Inggeris, yang mendapat kepujian. Pada tahun 1770, Scheele menemui asid tartarik. Dia juga orang pertama yang mendapatkan asid laktik, asid oksalik, asid sitrik, dan asid hidrofluorik tulen. Dia menemui hijau Scheele (kuprum arsenit), molibdenum, dan scheelit (kalsium tungstet). Scheele lahir di Stralsund, Jerman, dan pada masa kecil dia menjadi pembantu kepada ahli farmasi. Dia kemudiannya membuka kedai farmasinya sendiri di Köping, Sweden dan membuat kebanyakan penemuannya di sana. Lihat juga Kimia (Teori flogiston) ; Klorin; Molibdenum. |