Tenaga nuklear , dikenali juga sebagai tenaga atom , ialah jenis tenaga yang paling kuat yang pernah diketahui. Ia mengeluarkan haba dan cahaya matahari yang sangat kuat dan letupan senjata nuklear yang menghancurkan. Tenaga nuklear terhasil daripada perubahan dalam nukleus (teras) atom. Ahli sains dan jurutera telah menemui banyak kegunaan tenaga ini, terutamanya dalam penghasilan tenaga elektrik. Tetapi mereka belum berupaya untuk menggunakan sepenuhnya kuasa nuklear. Jika tenaga nuklear dimajukan sepenuhnya, ia boleh membekalkan kesemua tenaga elektrik dunia selama berjuta-juta tahun. |