Memintal ialah proses membuat benang dengan memulas atau memilin serat tumbuh-tumbuhan atau haiwan. Ia merupakan satu unsur kesenian yang paling kuno. Beribu-ribu tahun lamanya benang dipintal dengan menggunakan spindel. Spindel ini terdiri daripada kayu licin yang panjangnya dari 23 sentimeter hingga 38 sentimeter. Ia mempunyai takuk pada satu hujungnya untuk mengait benang dan batu atau mangkuk dari tanah liat yang dibakar, dikenali sebagai pusar untuk membuat spindel berpusing seperti gasing. Pemintal memutar spindel dengan menggelek-geleknya dengan paha. Orang Mesir purba menggunakan spindel seperti itu bagi membuat benang untuk kain yang baik. |