Selkirk, Alexander (16761721) ialah orang Scotland yang terdampar di sebuah pulau yang sunyi. Pengalamannya itu telah memberi ilham kepada kisah Robinson Crusoe (lihat Robinson Crusoe ). Ketika belayar di Laut Selatan pada tahun 1704 dalam satu ekspedisi lanun, Selkirk telah bertengkar dengan kapten kapal. Atas permintaannya sendiri, dia telah tinggal di salah sebuah kepulauan di Juan Fernandez, kira-kira 640 kilometer ke barat Valparaiso, Chile. Dia tinggal seorang diri di sana selama 52 bulan sehingga Kapten Woodes Rogers menyelamatkannya. Kapten itu mencatatkan pengalaman Selkirk dalam A Cruising Voyage Around the World . Kapten Edward Cooke pula memerikannya dalam A Voyage to the South Seas dan Round the World . Selkirk lahir di Largo, Fifeshire. Lihat juga Juan Fernandez. |