Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SINGKATAN | bentuk singkat bagi sesuatu kata atau frasa. | BAHASA | Konsep |
METEOR | Meteor ialah jalur cahaya terang yang muncul dalam masa singkat di langit. Pemerhati sering menamakan meteor tahi bintang atau bintang gugur kerana ia kelihatan seperti bintang yang gugur dari langit. Kadangkala meteor yang paling terang dinamakan bola api. Meteor muncul apabila zarah atau serpihan logam atau batu yang dinamakan meteoroid memasuki atmosfera bumi dari angkasa lepas. Geseran udara memanaskan meteoroid menjadikannya berkilau dan mewujudkan ekor yang bersinar daripada gas dan zarah meteoroid lebur. Gas ini termasuk bahan meteoroid yang terwap dan gas atmosfera yang dipanaskan semasa meteoroid melalui atmosfera. Kebanyakan meteor berkilau selama kira-kira sesaat. | UMUM | |
PERANG AMERIKA-SEPANYOL | Perang Amerika-Sepanyol menandakan detik kemunculan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa dunia. Peperangan singkat antara Amerika Syarikat dengan Sepanyol ini berlaku di antara bulan April dan Ogos 1898, berpunca daripada isu pembebasan Cuba. Hasil daripada peperangan ini, Amerika memperoleh Guam, Puerto Rico, dan Kepulauan Filipina. | UMUM | |
PERANG RUSIA-FINLAND | Perang Rusia-Finland. Semasa Perang Dunia II, Kesatuan Soviet dan Finland berperang sebanyak dua kali. Mereka berperang singkat dalam Perang Musim Sejuk dari tahun 1939 hingga tahun 1940. Perang kedua, iaitu Perang Sambungan berlaku dari tahun 1941 hingga tahun 1944. Finland kalah dalam kedua-dua peperangan tersebut. | UMUM | |
PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU | PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU, pemerintahan Jepun di Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua. Kejayaan Jepun menakluki Tanah Melayu dalam masa yang singkat berkait rapat dengan penyesuaian taktik peperangan tentera Jepun dengan China di medan perang sejak tahun 1937. di samping itu, kelemahan pertahanan British kerana tumpuan kepada pertahanan di Eropah.
| SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
TACITUS, CORNELIUS | Tacitus, Cornelius (kira-kira 55 M.120 M.) ialah salah seorang ahli sejarah yang terkemuka di dunia. Hasil kerjanya yang penting ialah karyanya Histories yang mengisahkan tentang pemerintahan yang singkat oleh maharaja Galba, Otho dan Vitellius; dan Annals, yang menggambarkan sejarah orang Rom dari zaman pemerintahan Augustus ke Nero. | UMUM | |
DONIZETTI, GAETANO | Donizetti, Gaetano (17971848), penggubah opera Itali. Semasa hidupnya, dia menduduki tempat kedua selepas Gioacchino Rossini. Donizetti menulis lebih kurang 65 opera dan opereta, dan menjadi masyhur dengan kemampuannya mereka cipta opera dalam masa yang singkat. | UMUM | |
SHARAKU | Sharaku ialah artis Jepun yang masyhur pada akhir tahun 1700-an. Reputasi Sharaku terletak pada torehan kayu yang menggambarkan pelakon Jepun yang diukirnya pada tahun 1794 dan 1795. Kehidupannya sebelum dan selepas menjadi terkenal dan mengapa usia kariernya begitu singkat tidak diketahui. Nama Sharaku ialah nama profesionalnya. Nama sebenarnya tidak diketahui. | UMUM | |
INISIALISME | Inisialisme, bentuk singkat bagi serentetan kata yang disebut huruf demi huruf. | BAHASA | Konsep |
AKRONIM | Akronim ialah bentuk singkat bagi serentetan kata, yang disebut atau ditulis sebagai satu kata. | BAHASA | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| singkat (adjektif) | 1. Dalam konteks masa bersinonim dengan sekejap pendek, tidak lama,
2. Dalam konteks berita bersinonim dengan ringkas, pendek, Berantonim dengan panjang
3. Bersinonim dengan cetek: dangkal, sempit, picik, sontok, ciut,
| Kata Terbitan : menyingkatkan, singkatan, kesingkatan, |
|
|