Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
DICKENS, CHARLES | Dickens, Charles (18121870), penulis novel Inggeris yang ternama dan penulis yang popular sepanjang masa. Novelnya yang terkenal termasuklah A Christmas Carol, David Copperfield, Great Expectations, Oliver Twist, The Pickwick Papers, dan A Tale of Two Cities. | UMUM | |
BUNYI | Bunyi berada di sekeliling kita sepanjang masa. Deringan jam loceng atau cicipan burung boleh membangunkan kita pada waktu pagi. | UMUM | |
MONSUN | Monsun ialah angin bermusim yang bertiup di bahagian utara Lautan Hindi, terutama di Laut Arab serta kebanyakan kawasan daratan di sekelilingnya. Angin monsun bertiup sepanjang masa dari arah barat daya pada bulan April hingga Oktober. Ia bertiup dari arah timur laut pada bulan November hingga Mac. | UMUM | |
ROTH, MARK | Roth, Mark (1951 ) ialah orang Amerika yang menjadi pemenang hadiah wang utama sepanjang masa dalam pertandingan boling profesional pada tahun 1987. Roth juga memegang beberapa rekod profesional lain dalam sukan boling. Dia membuat pencapaian purata yang tertinggi di kalangan pemain boling profesional sebanyak lima kali pada tahun 1976, 1977, 1978, 1979, dan 1981. Purata pencapaian yang dibuat sebanyak 221.662 pada tahun 1979 telah mencipta satu rekod baru. | UMUM | |
KREISLER, FRITZ | Kreisler, Fritz (18751962), pemain biola dan penggubah lagu menjadi pujaan sepanjang masa. Rakamannya dijadikan kajian untuk mengetahui bagaimana frasa-frasa muzik dipersembahkan secara semula jadi dan berkesan, serta penggunaan rubato (memendek dan memanjangkan not). | UMUM | |
POKOK DAUN LURUH | Pokok daun luruh ialah nama bagi mana-mana pokok yang daunnya luruh pada masa tertentu setiap tahun dan kemudian tumbuh daun baru. Di kawasan sederhana di utara, kebanyakan pokok daun luruh gugur daunnya pada musim luruh. Ranting dan dahan akan tinggal gondol sepanjang musim sejuk. Pada musim bunga berikutnya, tumbuh daun baru berwarna hijau pada pokok. Sebelum daun mati, bahan makanan yang terkandung dalam daun diserapkan semula kepada ranting dan dahan. Di situ, ia disimpan dan digunakan pada musim bunga berikutnya. Pokok daun luruh biasanya mempunyai daun yang lebar. Pokok demikian termasuk ash, bic, birch, mapel dan oak. Pokok larch adalah pokok daun luruh yang biasa yang mempunyai daun jejarum. | UMUM | |
MENGEMBARA BERJALAN KAKI | Mengembara berjalan kaki ialah senaman yang menyihatkan dan menenangkan. Hampir semua lapisan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur menggemari sukan ini yang dilakukan sepanjang tahun. Mengembara berjalan kaki memakan masa dari beberapa jam ataupun hingga beberapa minggu. Ramai pengembara yang berpengalaman mendapat kepuasan jika pengembaraan dilakukan di kawasan hutan rimba, di taman negara atau di hutan. Namun begitu, ramai orang lebih suka mengembara di kawasan taman yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka, malahan juga di kaki lima. | UMUM | |
PASANG SURUT | Pasang surut ialah turun naik paras air di kawasan perairan yang luas mengikut jadual masa yang tetap. Pasang surut mengawal kehidupan orang yang tinggal di sepanjang kawasan pantai dunia. Pasang surut juga penting bagi kanak-kanak yang berenang di tepi pantai. Kanak-kanak akan berenang semasa air sedang pasang dan mencari kepah di pantai semasa air sedang surut. Pasang surut air juga menandakan waktu bermula atau berakhirnya bagi nelayan menangkap ikan kerana nelayan memerlukan air pasang untuk keluar atau masuk pelabuhan. | UMUM | |
TEROWONG APENNINE | Terowong Apennine ialah terowong kereta api
di landasan Florence-Bologna di Itali. Untuk lokasinya, lihat Itali (peta fizikal). Ia sepanjang 18.5 kilometer dan menjadikannya terowong kereta api terpanjang di dunia. Terowong ini dibina antara tahun 1920 hingga tahun 1934. Para pekerja terpaksa menghadapi pelbagai rintangan semasa melakukan kerja-kerja mengorek, termasuklah gas asli dan air. Bagi mempercepatkan kerja pembinaan dan pada masa yang sama, sebuah syaf diletakkan di tengah untuk membolehkan pekerja mengorek lubang dari bahagian tengah. | UMUM | |
MUZIK ARAB | Muzik Arab. Orang Arab telah mengenal muzik sejak zaman silam seperti bangsa-bangsa lain. Bahkan mereka juga menulis pengetahuan mereka tentang muzik seperti yang dilakukan oleh bangsa-bangsa lain. Terdapat ramai pemuzik Arab yang terkenal di seluruh negeri Arab sepanjang zaman. Muzik Arab banyak terpengaruh dengan alunan muzik kawasan sekitarnya. Tetapi pada masa yang sama muzik Arab juga banyak mempengaruhi muzik-muzik kawasan berhampiran. Bahkan ia juga mempengaruhi muzik-muzik di negara-negara Eropah. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| panjang (adjektif) | 1. Dalam konteks ketinggian bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang, Berantonim dengan rendah
2. Dalam konteks kepanjangan bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong, Berantonim dengan pendek
3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela
| Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan, |
|
|