Telaga artois ialah telaga yang menyadap air dalam tanah yang berada di bawah tekanan. Air ini naik ke permukaan tanpa bantuan pam jika tekanan yang cukup wujud. Istilah telaga artois juga merujuk kepada sebarang air telaga yang sangat dalam. Kebanyakan telaga artois menyadap selapisan bahan poros yang penuh dengan air bawah tanah. Lapisan ini, dikenali sebagai akuifer , mungkin terletak di antara dua lapisan tanah liat atau bahan-bahan lain yang tidak menyimpan air. Akuifer itu mungkin senget, dan oleh itu, ia menyerap air pada sebelah hujungnya yang di atas. Air ini menyerap turun ke dalam akuifer dan membekalkan air bawah tanah. Telaga artois mengalir secara semula jadi disebabkan oleh tekanan yang dikenakan pada air di dalam akuifer oleh air yang masih berada di hujung atas akuifer. |