| Tajuk | 
    Sinopsis | 
    Bidang | 
    Klasifikasi | 
   
  | ILMU KALAM | Ilmu kalam ialah ilmu yang menitikberatkan persoalan akidah Islam dan mempertahankannya, di samping menolak keraguan yang timbul mengenainya berpandukan logik akal dan bukti- bukti, dengan menggunakan istilah-istilah, kaedah analisa dan falsafah.
  | UMUM | Umum |  
  | STOCKHOLM | Stockholm (pend. 692 954) ialah ibu negara dan bandar terbesar di Sweden. Ia merupakan pusat perdagangan dan kebudayaan negara di samping pusat utama perdagangan dan komunikasi antarabangsa. Bandar ini terletak di pantai timur Sweden, di antara Tasik Mälaren dan Laut Baltik (lihat Sweden (peta politik)).  | UMUM |  |  
  | SOFIA | Sofia (pend. 1 056 945; pend. kaw. met. 1 142 582) ialah ibu negara dan bandar terbesar di Bulgaria, di samping merupakan pusat ekonomi dan kebudayaan yang terpenting. Bandar ini terletak di barat Bulgaria dan dikelilingi oleh Banjaran Balkan dan banjaran gunung lain. Untuk lokasinya, lihat Bulgaria (peta).  | UMUM |  |  
  | STEICHEN, EDWARD | Steichen, Edward (18791973) ialah jurugambar Amerika yang membantu memajukan fotografi sebagai satu seni kreatif. Pada awal kerjayanya, Steichen seorang pelukis di samping jurugambar. Dia menjadi terkenal kerana kualiti fotonya yang lembut dan kabur tentang landskap dan manusia.  | UMUM |  |  
  | ABDULLAH HUSSAIN, DATO | Abdullah Hussain, Dato' (1920 ),  Sasterawan Negara yang kelapan. Sumbangannya  yang cukup penting dalam kesusasteraan Melayu  adalah dalam bidang cerpen dan novel. Di samping  itu, dia  pernah menghasilkan puisi, novel dan  cerpen asing.  | UMUM |  |  
  | SHERIDAN, RICHARD BRINSLEY | Sheridan, Richard Brinsley (17511816) ialah dramatis dan ahli politik Ireland. Semasa kerjaya dalam bidang penulisan, dia menghasilkan beberapa komedi menarik. Di samping itu, dia juga menjadi seorang jurucakap yang hebat di Parlimen British.  | UMUM |  |  
  | SENI BINA LANDSKAP | Seni bina landskap melibatkan kerja mereka bentuk dan membangunkan tanah untuk digunakan dan dinikmati oleh manusia. Seni bina landskap berkaitan dengan kecantikan alam sekitar semula jadi di samping cara yang praktikal untuk menggunakan tanah dan objek-objek di atasnya. Seseorang yang mendapat latihan profesional dalam bidang ini dikenali sebagai  arkitek landskap  .  | UMUM |  |  
  | ANUGERAH SASTERA NEGARA | Anugerah Sastera Negara ialah anugerah yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu, yang dianggap telah mencapai satu tahap yang telah ditetapkan oleh penganjur. Di samping itu sasterawan yang layak dianugerahi dengan hadiah sastera tertinggi negara ini mestilah telah memberikan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air dengan menghasilkan karya yang bermutu tinggi.  | UMUM |  |  
  | BIERCE, AMBROSE GWINETT | Bierce, Ambrose Gwinett (18421914?) ialah  penulis dan wartawan Amerika. Dia terkenal  dengan cerita perang yang realistik di samping  cerita-cerita ngeri dan alam ghaib. Dia mempunyai  gaya penulisan yang ringkas dan tepat. Watak-watak  dalam ceritanya didorong oleh naluri yang  paling rendah. Banyak wataknya bertindak seperti  haiwan dengan sedikit hati nurani. Cerita-ceritanya  ini menunjukkan betapa tertariknya Bierce  terhadap kekejaman dan kematian.  | UMUM |  |  
  | RACUN SERANGGA | Racun serangga ialah bahan pembunuh serangga. Racun serangga kadangkala dikenali sebagai  racun perosak  . Tetapi  racun perosak  termasuk bahan yang digunakan untuk mengawal tikus, rumpai dan perosak lain, di samping serangga. Di seluruh dunia, serangga boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada tanaman dan ternakan. Ia juga mengancam kesihatan manusia dengan menyebarkan penyakit.  | UMUM |  |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    | Tesaurus | 
|---|
 |   |  | samping (kata tugas) |  | Bersinonim dengan sebelah, sisi, rusuk, tepi, birai, dekat, pinggir, lambungan;,  |   |  | Kata Terbitan : di samping, ke samping, mengesampingkan, bersampingan, menyamping, menyampingi, menyampingkan, tersamping, sampingan,  |   
  |  
  
    
   
      
                 |