Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SYAL | Syal ialah butiran batuan enapan yang terhasil dari mampatan lumpur. Ia terdiri terutamanya daripada batu kuarza dan mineral yang ditemui di dalam tanah liat. Syal boleh pecah dengan mudah kepada lapisan nipis dan sama rata. Syal digali kerana kegunaannya untuk membuat batu-bata dan simen. Lihat juga Batuan; Batu loh; Syal minyak. | UMUM | |
PARTI DEMOKRATIK SOSIAL DAN BURUH | Parti Demokratik Sosial dan Buruh (Social Democratic and Labour Party (SDLP) ialah parti politik yang ditubuhkan di Ireland Utara pada bulan Ogos 1970. SDLP ialah parti sayap kiri nasionalis Ireland (lihat Sayap kiri). Tujuan utama parti ini adalah untuk menyatukan semula Ireland secara aman dan memperjuangkan hak sama rata bagi semua rakyat. SDLP juga menuntut pengagihan kekayaan sama rata dalam kalangan rakyat, gaji minimum dan pendapatan yang sama bagi pekerjaan yang sama. Ibu pejabatnya terletak di Belfast. | UMUM | |
SAINT-SIMON, COMTE DE | Saint-Simon, Comte de (17601825) ialah pengasas sosialisme Perancis. Cita-citanya ialah menjadikan kemanusiaan yang lebih baik. Dia berhasrat melahirkan sebuah masyarakat baru yang semua orang bekerja dan akan menerima ganjaran setimpal dengan tenaganya. Tiada siapa dibenarkan mewarisi kekayaan dan semua individu akan memulakan kehidupannya atas dasar sama rata. Saint-Simon mahu menyandarkan teori sosialnya itu pada bukti saintifik, tetapi kesimpulan yang dibuatnya tidak sistematik. | UMUM | |
PERJANJIAN HAY-PAUNCEFOTE | Perjanjian Hay-Pauncefote membolehkan Amerika Syarikat membina Terusan Panama. Ia telah ditandatangani oleh Amerika Syarikat dan Great Britain pada tahun 1901. Perjanjian tersebut memberi kuasa hanya kepada Amerika Syarikat untuk membina atau mengawasi kerja-kerja pembinaan terusan yang merentangi segenting di Amerika Tengah dan juga hak untuk menguruskannya. Semua negara dikenakan bayaran laluan yang adil dan sama dan menikmati hak yang sama rata sewaktu aman. Pada masa peperangan, Amerika Syarikat boleh menutup terusan itu kepada mana-mana negara. Great Britain mengakui bahawa Amerika Syarikat juga mempunyai kuasa untuk mengukuh dan mempertahankan terusan tersebut. | UMUM | |
UDA | UDA, agensi berkanun. UDA ialah singkatan Urban Development Authority (Perbadanan Pembangunan Bandar). Ia berperanan sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan bagi menyusun semula masyarakat selaras dengan Dasar Ekonomi Baru melalui pembangunan dan penyusunan semula bandar. UDA ditubuhkan pada 1 September 1971 di bawah Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971. Akta ini mengandungi fungsi-fungsi utama UDA iaitu bagi memajukan dan melaksanakan projek-projek di kawasan pembangunan bandar bagi pembangunan, pembangunan semula dan penempatan semula. Ia juga bertujuan supaya peluang dalam bidang perdagangan, perusahaan, perumahan dan lain-lain dapat diagihkan dengan sama rata dan adil antara berbagai-bagai kaum. Melalui program tindakan pembangunan yang dijalankan oleh UDA, diharapkan akan dapat membentuk dan menyusun semula masyarakat melalui pembangunan bandar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PHAËTHON | Phaëthon dalam mitologi Yunani, ialah putera Helios dewa matahari, dan Clymene, dewi laut. Untuk mengetahui sama ada Helios adalah bapanya yang sebenar, Phaëthon mengembara ke istana dewa matahari di timur. Di sana, untuk menenangkan Phaëthon, Helios berjanji akan menunaikan sebarang permintaannya. Phaëthon, secara terburu-buru, meminta untuk memandu rata matahari merentasi langit untuk satu hari. Helios, dengan hati yang berat, membenarkannya, tetapi Phaëthon, sebagai makhluk biasa, tidak berupaya mengawal kuda berapi yang menarik rata tersebut. | UMUM | |
STEREOSKOP | Stereoskop ialah sejenis peranti pandang optik yang menjadikan gambar seolah-olah mempunyai tiga dimensi. Kamera biasa hanya melihat benda dalam bentuk permukaan yang rata dan tidak sepertimana mata kita melihat benda. Walau bagaimanapun, dua kamera yang diletakkan tidak jauh daripada satu sama lain boleh bertindak seperti mata kita. Kamera ini boleh mengambil gambar objek yang sama pada waktu yang sama. Kedua-dua gambar ini diletakkan bersebelahan dan dilihat melalui satu peranti yang dikenali sebagai stereoskop. Kedua-dua pandangan ini memasuki mata tanpa menyakitkannya dan imej mental yang terhasil kelihatan seperti tiga dimensi. Individu yang menggunakan stereoskop boleh melihat sekeliling semua benda. | UMUM | |
PESAWAT PELUNCUR | Pesawat peluncur ialah motobot laju yang melayap di permukaan air, hampir-hampir sama seperti batu pipih yang meloncat di permukaan air apabila dilontar. Dasar pesawat peluncur dibentuk supaya badannya boleh terangkat apabila pesawat ini memecut, sehingga ia melayang di atas permukaan air. Bentuk dasarnya membenarkan tekanan air mengangkat motobot itu dan mengawalnya supaya sentiasa berada di permukaan air selagi ia bergerak laju. Dengan alasan ini, dasarnya mestilah rata atau melengkung sedikit. Sesetengah pesawat peluncur hanya mempunyai dasar permukaan tunggal. Sesetengahnya pula mempunyai dua atau lebih bahagian dasar yang terpisah. | UMUM | |
BULATAN | Bulatan ialah lengkungan penuh pada permukaan yang rata. Kesemua penjuru lengkungan sama jaraknya dari titik yang terletak dalam lengkungan. Titik ini dikenali sebagai pusat. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| rata | 1. Bersinonim dengan datar ( papak, papar, tarah, ) (adjektif:)
2. Bersinonim dengan sama banyak ( sama adil, dengan saksama, ) (adjektif:)
3. Bersinonim dengan keseluruhannya ( dengan sekata) (adverba:)
| Kata Terbitan : serata, merata-rata, menyeratakan, rata-rata, merata, merata-rata, meratakan, kerataan, perata, |
|
Puisi |
---|
|
Burung enggang silang-bersilang, Nampak pipit sama rata; Sudilah sirih sekapur seorang, Itulah asal pembuka kata.
Lihat selanjutnya... |
|